Saturday, August 11, 2012

58.0 Madrasah Al-Mashoor Al-Islamiah, Pulau Pinang

Nota: Petikan dari buku Cenderamata kerana pembukaan Asrama Madrasah Mashoor Al-Islamiah, Pulau Pinang pada 1 Ogos 1958 oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri.

Madrasah Al-Mashoor Al-Islamiah (Sekarang dikenali sebagai Sek. Men. Keb. Agama Al-Mashoor (L) di Jalan Air Itam) Pulau Pinang sebenarnya telah wujud sejak tahun 1916. Pada tahun tersebut, beberapa orang Arab terkenal di Pulau Pinang telah menyatakan hasrat yang terpendam iaitu "anak-anak Islam mestilah jangan dibiarkan tertinggal dalam hal menuntut pelajaran agamanya sendiri.  Sekiranya anak-anak Islam tidak dididik dengan pengajaran agamanya,  maka akhirnya kelak pemuda dan pemudi Islam akan sesat dan rugi di dunia dan akhirat."
Buku Cenderamata Pembukaan Asrama Madrasah Mashoor Al-Islamiah 1 Ogos 1958. 
Petikan dari Buku Cenderamata Pembukaan Asrama Madrasah Mashoor Al-Islamiah 1 Ogos 1958.

Demikianlah di atas asas kesedaran dan keinsafan ini dan juga dengan berkat adanya rasa bekerjasama dan bantu membantu di antara sesama kaum Islam, maka dengan pertolongan Allah Subhaanahu wata'ala pada tanggal 16 Muharram 1335 (tahun 1916), terciptalah sebuah madrasah agama dengan tugas pertamanya memberi pelajaran membaca Al-Qur'an dan mengajar ilmu fardhu 'ain kepada anak-anak Islam iaitu bertempat di Lebuh Acheen (Acheen Street), Pulau Pinang dengan nama "Madrasah Al-Qur'an."  Gurunya yang pertama ialah Yang Mulia Tuan As-Syed Abdul Rahman Al-Habsyi dengan murid-muridnya seramai 16 orang.

Pengusaha-pengusaha yang telah menjayakan rancangan madrasah tersebut pada ketika itu ialah Yang Mulia Tuan-Tuan:  As-Syed Mahdzar Aidid, As-Syed Syeikh Al-Hadi, Asy-Syeikh Ali Bawazir, As-Syed Umar As-Saqaf, As-Syed Umar Mahdzar dan Asy-Syeikh Hasan Baghdadi.

Petikan dari Buku Cenderamata Pembukaan Asrama Madrasah Mashoor Al-Islamiah 1 Ogos 1958.

Madrasah yang baru dibuka ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari masyarakat Islam di bandar ini.  Dari bilangan 16 orang pelajar telah meningkat hingga ke berpuluh-puluhan.  Untuk menyesuaikan dengan keadaan, madrasah ini telah berpindah ke Kampung Jawa Lama dan kemudian berpindah pula ke Lebuh Teck Soon (sekarang ini dibina KOMTAR dan tempat letak kereta bertingkat), berkat usaha lanjutan dari Yang Mulia Tuan-Tuan; Haji Bachik Melaka, Mydin Shah, Al-Haji Karwa dan As-Syed Syeikh Al-Hadi. Madrasah ini dinamakan "Madrasah Masyhoor Al-Islamiah" iaitu sempena dengan nama Tuan Habib Al-Masyhoor, seorang tua yang amat disegani masyarakat pada masa itu. 


Penuntut dan Mudir (Al-Marhum Shaikh Ahmad Obaid Baladram, bapa blogger), cawangan Balik Pulau, Pulau Pinang tahun 1938

Penuntut dan Mudir (Al-Marhum Shaikh Ahmad Obaid Baladram), cawangan Balik Pulau, Pulau Pinang tahun 1939

Bergambar sempena pementasan Kisah Saiyidina Omar Al-Khattab

Penuntut  Madrasah Mashoor al-Islamiah, cawangan Balik Pulau, Pulau Pinang tahun 1938

Penuntut dan guru  Madrasah Mashoor al-Islamiah, bahagian lelaki di Lebuh Teck Soon, Pulau Pinang

Penuntut dan guru  Madrasah Mashoor al-Islamiah, bahagian puteri di Jalan Burmah, Pulau Pinang

Sebahagian daripada asrama baharu bahagian puteri Al-Mashoor Al-Islamiah di Jalan Air Itam (sekarang menjadi bangunan sekolah/asrama anak-anak yatim)






Di antara tenaga pengajar dan pengurusan Al-Mashoor ketika di Lebuh Teck Soon. 
Duduk dari kanan: Tuan Haji Abdullah Bukhari (sekarang imam, Masjid Kapitan Kling), A/yarham Ustaz Ahmad Bajunaid, A/Y Tuan Shaikh Husain Bakar Rafiq, A/Yarham Shaikh Ahmad Obaid Baladram.


 YAB Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika lawatan 1957.

Berdiri dari kanan menyambut kehadiran YAB Tunku: A/Y Ustaz Ahmad Bajunaid, A/Y Ustaz Shaikh Ahmad Baladram, dan A/Y Ustaz Shaikh Ali Baladram.

YAB Tunku meletakkan batu asas pembinaan bangunan baru Madrasah

Foto diambil dari website Alumni Al-Mashoor (L)





Bergambar bersama TYT Gabenor, YTM Raja Tun Uda - bangunan baru di Lebuh Teck Soon.

Masa terus berlalu dan Al-Mashoor terus gah melahirkan pemimpin masa depan.
Foto diambil dari website Alumni Al-Mashoor (L)

Bangunan warden asrama Lelaki
Foto diambil dari website Alumni Al-Mashoor (L)

Bangunan SMKA Al-Mashoor (P) di Medan Lim Cheng Theik, Jalan Burma, Pulau Pinang
Kejayaan cemerlang terus dicipta, Syabas Al-Mashoor!























17 comments:

  1. Salam tuan,

    Bagaimana saya ingin menghubungi tuan untuk dapatkan maklumat mengenai al-mashoor ini. saya ada email pada tuan mengenai perkara ini. Terima kasih.

    Ahmad Dzulfahmi

    ReplyDelete
  2. Salam
    Saya merupakan bekas penuntut sekolah ini pada tahun 78 - 79. Banyak kenangan di sini. Sekolah ini suatu ketika dahulu amat terkenal dengan jolokan sekolah dekat kedai tuak. Ust Bajunid dan Ust Bukhari banyak berjasa kepada saya. Semoga Allah berkati mereka

    Ariff Budiman
    http://warna-nostalgia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Saya nak masuk ...tapi apa syaratnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr Muhamad Afiq boleh menghubungi terus Pentadbiran sekolah tersebut seperti berikut:

      Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor (Lelaki)
      Jalan Air Itam,
      10460 Georgetown,
      Pulau Pinang,
      Malaysia
      Telefon = 04-2296790
      Faks = 04-2291503

      Sila layari web berikut jika memerlukan maklumat lanjut (highlight - copy dan paste pada ruang address):
      http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Agama_%28L%29_Al-Mashoor

      Delete
  5. Syehcool, adakah anda delete kisah-kisah percintaan antara saya dan guru-guru SMKA Al Mashoor (L) sebelum ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaflah saya terpaksa delete komen2 yang saya rasa tidak sesuai dibentang di dalam blog ini. Anda boleh ceritakan kisah percintaan anda di blog lain yang lebih bersesuaian. Terima kasih.

      Delete
  6. al-mashoor bakal menyambut ulang tahun ke 100 tahun pada 2016 nanti. saya sedang mencari semua alumni smka al-mashoor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya, satu2nya guru Al-mashoor yang masih ada ialah Ustaz (Dato) Abdullah Bukhari. Mungkin beliau agak uzur sedikit kerana usia. Boleh jemput beliau ke majlis sambutan 100 tahun ini.

      Delete
    2. Bagaimana saya boleh menghubungi beliau? Dan saya ingin juga menghubungi tuan untuk sedikit temu ramah... saya sedang selidik tentang al-mashoor.

      Delete
    3. Saya tiada no telefon beliau tapi saya tahu lokasi rumahnya berhampiran Kampung Makam, Jalan Dato Keramat, P. Pinang. Untuk makluman, saya bukanlah bekas penuntut di Madrasah ini. Bapa saya adalah guru di sini.

      Delete
  7. bagaimana pula dengan maahad al-mashoor al-islami? pengasasnya juga daripada as-syed Al-Hadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maahad Al-Mashoor lahir lewat , dan terhasil dari selepas pengambilan kerajaan Malaysia ke atas Al-Mashoor.

      Delete
  8. Saya bekas penuntut SMKA Al-Mashoor (L) tahun 1997 - 2001 amat berbangga dapat menuntut ilmu d sini. Cikgu² pada zaman itu adalah :
    1) Cikgu Ismail
    2) Ust Dzulfatah
    3) Ust Lokman
    4) Ust Rosli
    5) Sir Mustakim Sahak
    6) Cikgu Beh Kar Sim
    7) Cikgu Chin Kolam

    ReplyDelete
  9. ساي مننتوت دمدرسة اين دالم تاهون ١٩٦٥- ١٩٦٦ دان مروفاكن فلاجر فرتام دتريما ماسوق أزهر ملالوئي شهاده ثانوية المشهور٠ أنتارا گورو٢ ساي: شيخ بكر رفيع،شيخ حسين رفيع،شيخ أحمد باجنيد، أستاذ عبدالله بخاري،أستاذ يوسف فيرق،أستاذ عبد المجيد ۔ أكرمهم الله وجزاهم خيرا كثيرا

    ReplyDelete
  10. سديكيت فمبتولن: شيخ عباس بكر رفيع(بوكن شيخ بكر رفيع)۔

    ReplyDelete