Temui ajal ketika berjoging
WARTAWAN SINAR HARIAN
20 November 2012
TASEK GELUGOR - Orang ramai yang sedang berjoging di kawasan rekreasi Taman Padang Cempedak di sini pada jam 8.20 pagi semalam gempar apabila seorang lelaki yang turut sama menyertai larian di situ tiba-tiba rebah.
Biarpun mangsa, Khamarudin Abd Jafaar, 52, cuba diberikan bantuan oleh orang ramai dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), namun dia gagal diselamatkan sebaliknya disahkan meninggal dunia kemudiannya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, lelaki berasal dari Kampung Bendahara Baru, Batu Caves Selangor, itu disahkan meninggal dunia sebaik rebah ketika berjoging di kawasan berkenaan.
“Hasil pemeriksaan oleh kakitangan Hospital Kepala Batas yang dihubungi sejurus kejadian itu mendapati mangsa yang tinggal menyewa bersama keluarganya di kawasan berdekatan meninggal kerana serangan jantung.
“Selepas melakukan siasatan kita mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut,” katanya.
Mayat Khamarudin kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Kepala Batas sebelum dituntut keluarganya sejurus selepas bedah siasat selesai dilakukan.
Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, mangsa sejak sebulan lalu sering dilihat berjoging di kawasan berkenaan setiap pagi.
Menurutnya, awal pagi semalam, mangsa dilihat tidak secergas hari-hari biasa tetapi tetap meneruskan aktiviti larianbersama orang ramai di situ sebelum rebah dan meninggal kemudiannya
Nota: Allahyarham adalah sahabat saya semasa sama-sama bertugas di UDA Wilayah Utara, Pulau Pinang pada awal tahun 1980han. Ajal maut di tangan Allah s.w.t. Manusia sekadar beriktiar. Allah rahmati ruhnya.
Mungkin, mereka ini masih hidup (dengan izin Allah jua) hingga hari ini jika ketika serangan jantung, ada bantuan CPR! Wallaahu wa'alam.
Allahyarham Hani Mohsin (artis/pelakun) meninggal kerana serangan jantung di lapangan terbang KLIA pada tahun 2006. Tidak sempat CPR?
CPR - Bantuan Awal Kecemasan ketika serangan jantung.
Kita selalu menonton di dalam t.v. atau video bagaimana orang biasa membantu sahabat atau kenalannya yang kena serangan jantung dengan teknik CPR. Adalah wajar kita mempelajari atau sekurang2nya ambil tahu kaedah CPR ini kerana tindakan kita mungkin dapat menyelamatkan satu nyawa. Perlu diingat, orang yang diserang penyakit jantung cuma memiliki masa beberapa saat mungkin minit sebelum jantungnya kekal mati tidak berfungsi.
If you were with someone who had a heart attack or almost drowned, would you know what to do? When blood flow or breathing stops, seconds count. Permanent brain damage or death can happen quickly. If you know how to perform cardiopulmonary resuscitation (CPR), you could save a life. CPR is an emergency procedure for a person whose heart has stopped or is no longer breathing. CPR can maintain circulation and breathing until emergency medical help arrives.
Even if you haven't had training, you can do "hands-only" CPR for a person whose heart has stopped beating. "Hands-only" CPR uses chest compressions to keep blood circulating until emergency help arrives. If you've had training, you can use chest compressions and rescue breathing. Rescue breathing helps get oxygen to the lungs for a person who has stopped breathing. To keep your skills up, you should repeat the training every two years.
No comments:
Post a Comment