Thursday, 20 December 2012 - Sheera Aya, Kuantan, Pahang
Refn: http://www.sheeraya.my/2012/12/tips-skor-kertas-add-math-spm.html
Tips Skor A Kertas Add Math SPM!
Assalamualaikun w.b.t. Baru-baru ni aya kerap terbaca masalah students yang tak boleh dan tak paham apa yang mereka belajar terutamanya Matematik Tambahan. Untuk makluman, Matematik Tambahan ini perlu diambil bagi pelajar dalam jurusan sains dan juga perakaunan. Biasanya, tidak menjadi masalah untuk pelajar sains sebaliknya bagi pelajar perakaunan, mereka agak sukar untuk menguasai subjek killer ni. So, aya nak kongsi lah sedikit pengalaman aya masa jadi SPM candidate dulu *nak pandai kenalah rajin sikit baca sampai habis. :)
Aya merupakan, emm, macam pelik sebab too formal, boleh tulis informal form tak?. Hee. Okay, aya ni dulu student aliran Sains Tulen kat SMK Sultan Bakar,Kuantan. Kalau korang nak tau, kelas aya ada 43 orang, hanya 8 orang students Melayu. Yang lain semua Chinese dan Indian la. Bila aya skor C subjek Add Math, seriously memang down giler la kan sebabnya yg bangsa lain semua superb genius. Ada sorang girls tu, nama dia Hannah Hiew, always got 100% for her Add Math! Disebabkan itu, aya mulalah menukar strategi aya study dan ianya ternyata berkesan. Daripada result aya always C terus naik ke A. Excited tak nak tau apa yang aya buat? Meh baca bawah ni *click kat read more:
Yang perlu ada untuk korang berjaya ialah keazaman, disiplin, kecekalan dan paling penting rajin!. Tak lupa doa juga ye. Bila aya pikir balik kenapa aya asyik dapat C je, aya sedar yang aya selalu terlupa masa exam step-step nak jawab soalan tertentu. Aya yakin aya dah ingat masa study tapi bila exam, tak dapat jawab jugak. Sebabnya aya just baca step-step tu tapi tak praktis tulis. Bayangkan pemalasnya aya study Add math macam study Sejarah. Baca exercise book sambil berbaring santai bagai. Isk. Jangan contohi. So, apa yang perlu korang buat? Korang kena pastikan korang buat satu buku Kertas Soalan Peperiksaan Tahun-Tahun Lepas.
Buku ni siap dengan skema jawapan tau. So, advance untuk korang la sebab masa zaman aya dulu, takde lagi penerbitan buku ni, yang aya tau hanya jawapan je, takde step-step nak jawab. Nak tau kesan buat latihan kat buku tu? Masa jawab kertas SPM, aya serious yakin giler dengan jawapan aya, dan sikitpun takde perasaan sedih sebab tak dapat jawab. Sebab soalannya semua lebih kurang je dengan yang aya biasa buat dalam buku tu. Itulah point paling penting yang menyebabkan aya berjaya skor A1 untuk Matematik Tambahan SPM 2006 * dulu takde sistem A+, A- tu.
Selain itu:
1. Sentiasa rajin jumpa Cikgu Add Math kelas lain juga, sebabnya setiap cikgu kadang-kadang ada tips yang berbeza untuk jawab soalan. * masa aya dulu, aya ni kelas 1st, jadi cikgu tu expect high la kat students dia dan ajar super laju dan aya memang tak sempat nak kejar, jadi aya pergi jumpa cikgu yang ajar kelas Perakaunan. Cikgu tu bagus, sebab dia dah biasa mengajar students yang agak low sikit, jadi cara dia ajar pun mudah paham. Daripada aya rasa soalan tu sangat susah, aya jadi boleh jawab soalan tu sebelah mata je. Hihi.
2. Pergi lah tusyen, kalau tak mampu, pergi kelas tambahan yang sekolah sediakan. Aya dulu masa SPM, aya tak pergi pun tusyen tu semua, sebabnya aya malas. Tapi aya nak encourage korang pergi tusyen sebab biasanya pusat tusyen ada Soalan Skor, dan mereka akan memaksa korang jawab soalan-soalan tu sampai korang jadi hebat.
3. Makan lah makanan yang bagus untuk kecerdasan minda. Dulu aya amalkan makan 7 biji Kismis sehari. Selain tu. Kurma pun elok jugak untuk otak. Dan ni pulak tips aya dapat dari lecturer Calculus aya kat Universiti Malaya, Dr. Siraj namanya, beliau beriya-iya suruh kami amalkan makan badam setiap hari sebab dia cakap dia jadi pandai sebab makan badam la. Nak tau khasiat kismis, badam, dan kurmadengan lebih lanjut, pergi google cepat. Hee
p/s tips ni sesuai juga untuk subjek lain dan juga sesuai bukan sahaja untuk SPM tapi kat Matrikulasi, Kolej dan Universiti juga tapi olah la sikit mengikut kesesuaian. :) Entry ni hanya sekadar perkongsian, takde niat nak menunjuk-nunjuk ^_^
No comments:
Post a Comment