Thursday, December 27, 2012

Khinzir @ Babi @ Pork @ Hog @ Swine @ Boar .... etc.


Khinzir (bahasa Arab) atau bahasa yang biasa kita gunakan, babi.  Teringat saya semasa se bulan di Grenoble, Perancis, boleh dikatakan setiap makanan ada babi atau dikenali sebagai 'jambon' kecuali di restoran muslim seperti restoran Pakistan. Terdapat sebuah restoran Malaysia, namanya Le Bunga Raya dibuka oleh seorang anak Malaysia keturunan Cina berasal dari Ipoh.  Nak cari makanan halal agak sukar tambahan pula musim sejuk.  Mahu tak mahu, ayam turki pun makan juga, lebih baik dari tak makan, makan dengan nasi butter. Sebelum makan, tanya dulu ada 'jambon' atau tidak.  Berhampiran Grenoble terdapat penempatan kaum Algeria, berbudaya Arab. Di dalam penempatan ini, terasa seperti di negara Arab, kedai2 dan restorannya menyediakan menu makanan Arab.  Tetapi awas, walaupun di dalam menunya tiada babi, tetapi arak dan bir (bernama Saidi Ibrahim, Saidi Yusof dll. ) disediakan, walaupun pada muka menunya tertulis Basmallah.

Masalah komunikasi amat ketara. Orang2 Perancis pantang kalau kita berbahasa Inggeris, dia buat layan tak layan saja. Jadi, nasihat saya sebelum ke Perancis, belajarlah sedikit bahasa mereka untuk berkomunikasi. Awas ketika membeli makanan berbungkus yang sama seperti di Malaysia.  Saya beli sebungkus Maggi mi, bungkusannya sama warna dan design seperti di Malaysia, tetapi bila dilihat kandungan perencahnya, terdapat jambon @ babi.

Berbalik kepada masalah babi, kadang-kadang kita confuse tentang istilah yang diguna dalam makanan atau kandungan di dalam sesuatu produk, tambahan pula ditulis di dalam bahasa Inggeris. Contohnya pada label botol atau tin makanan ditulis 'This product contain substance from porcine.' Sebenarnya ia bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi.' Kadang-kadang terjumpa 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi.' Di bawah ini diberi panduan untuk pengetahuan kita semua.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1. Pork: Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine: Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Hog: Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar: Babi liar atau babi hutan.

5. Lard: Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon: Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham: Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow: Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk: Susu babi.

10. Pig: Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11. Porcine: Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

Selain itu, di dalam kandungan makanan di dalam kotak atau tin, terdapat 'mulsifiers' yang dibuat daripada lemak babi. Ia dinyatakan dalam bentuk huruf dan angka, contohnya E100 etc. Senarai penuh seperti di bawah ini.  Kadang2 mulsifiers ini dibuat daripada lemak tumbuhan, Wallaahu wa'alam.
 



Mari kita lihat, apa akan terjadi apabila Coca Cola disiram ke atas se keping daging babi ....


video






No comments:

Post a Comment