Tuesday, December 25, 2012

82.0 Mahkamah manusia (SX)

Kisah benar. Berlaku di negara jiran kita. Dua orang pencuri telah dapat ditangkap kerana mencuri motosikal dan dipukul hingga maut. Polis (seorang) tidak mampu menahan atau mengambil apa-apa tindakan. Adakah ini undang-undang Islam? Terdengar seruan takbir Allahu Akbar.  Masyaa'Allah.  (AWAS! video ini agak kejam, kanak-kanak DILARANG tonton!).

Islam agama yang indah dan telah sempurna. Inilah akibat nafsu amarah yang terdapat di dalam diri manusia. Bukan begini caranya menangani masalah pencuri. Adakah telah disiasat mengapa ia mencuri? Adakah ia mempunyai keluarga yang sedang menanti kepulangannya dengan makanan?  Hukum hudud wajar dilaksanakan tetapi kaedah pelaksanaannya perlulah dipelajari dan didalami, bukan terus menghukum dengan kejam.


No comments:

Post a Comment