Posts

Showing posts from May, 2013

156.0 Himpunan kisah SEKOLAH!

Image
Petikan dari web: http://kisahbest.my/ 1]   Pelik! Mengapa Sekolah Ini Hanya Mempunyai Seorang Murid? Mungkin ada sesetengah daripada kita menganggap sekolah ini tidak dikira pelik biarpun hanya mempunyai seorang murid. Bagaimanapun ia sangat unik dan menjadi persoalannya mengapa hanya seorang murid sahaja yang bersekolah di situ. Jika di Malaysia, rasanya ia tidak berlaku di sekolah-sekolah kerajaan mahupun swasta. Jika adapun, ia lebih dari angka yang sepatutnya. Jom lihat gambar di bawah ini. Hu Yang, 8 tahun, pergi ke sekolah setiap hari, apa yang menyedihkan ialah dia adalah satu-satunya pelajar di sekolah rendah di Provinsi Fujian, China. Pada tahun 2005 sekolah ini mempunyai 80 orang pelajar tetapi mereka meninggalkan sekolah dan mengikut atau membantu ibu bapa mereka dalam mencari pekerjaan akibat kemiskinan hidup. Sekarang, Hu Yang diajar oleh 2 orang guru setiap hari. 2]   Apabila Murid Ke Sekolah Jam 3 Pagi Kerana Kerusi Tidak...

155.0 Kenapa bangsa yahudi dibenci dan dilaknat Allah.

Image
Kita selalu confuse, apa dia israel, apa dia yahudi dan apa pula zionis? semua dah jadi pasembor penang, macam-macam ada!  Nak kutuk yahudi, Nabi-nabi dahulu sebelum Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan adalah keturunan yahudi seperti Nabi Daud (David), Nabi Sulaiman (Solomon), Nabi Yaakob (Jacob), Nabi Musa (Moses), Nabi Yusof (Joseph), Nabi Bunyamin (Benjamin) dan lain-lain.  Ada seorang guru saya memberi petua untuk mengenali nama-nama yahudi dengan nama-nama Arab ialah nama yahudi tidak boleh tambah apa-apa di belakangnya misalnya jika nama Yusof, Yusoflah sahaja bukan Yusofiah, Yusofah dan sebagainya. Nama-nama Arab boleh ditambah misalnya Muhammad menjadi Muhammadiyah, Muhammadin, Ahmad dan lain-lain. Di bawah ini ada artikel bagi membezakan di antara israel dan yahudi zionis. BEZA ANTARA ISRAEL DAN YAHUDI ZIONIS orang yahudi termasuk "spiderman" sedang bertafakur di dinding suci Baitul Muqaddis. Nama Israel sudah popular di semua kalangan masyarakat dunia. H...

154.0 Pemuda Yaman, Uwais al-Qorni dikenali di langit.

Image
Maqam Uwais al-Qarni, Zabid-Yaman Pada zaman Nabi Muhammad SAW, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan, kulitnya kemerah-merahan, dagunya menempel di dada selalu melihat pada tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, ahli membaca Al Qur’an dan menangis, pakaiannya hanya dua helai sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya untuk selendangan, tiada orang yang menghiraukan, tak dikenal oleh penduduk bumi akan tetapi sangat terkenal di langit. Dia, jika bersumpah demi Allah pasti terkabul. Pada hari kiamat nanti ketika semua ahli ibadah dipanggil disuruh masuk syurga, dia justru dipanggil agar berhenti dahulu dan disuruh memberi syafa’at, ternyata Allah memberi izin dia untuk memberi syafa’at sejumlah qobilah Robi’ah dan qobilah Mudhor, semua dimasukkan syurga tak ada yang ketinggalan karenanya. Dia adalah “Uwais al-Qarni”. Ia tak dikenal banyak orang dan juga miskin, banyak ...

153.0 Nama Lain Bagi "Makkah" Dalam Al Quran

Image
Ruj:  http://www.myannur.com/tujuh-nama-lain-mekah-dalam-al-quran Makkatul-Mukarramah merupakan kota tertua di dunia dan tempat permulaan Islam. Allah SWT menyebut dalam Al Quran tentang Makkah . Terdapat tujuh nama lain Makkah dalam Al Quran. 1.  Makkah , sebagaimana firman Allah SWT, “Dan Dia­lah yang mencegah tangan mereka dari (membinasakan) kamu dan mencegah tangan kamu dari (membinasakan) mereka di tengah kota Makkah. Setelah Allah memenangkan kamu atas mereka.” (Al-Fath [48]: 24). 2.  Bakkah , Allah SWT berfirman, “Sesung­guhnya rumah ibadah pertama yang dibangunkan untuk manusia ialah Baitullah di Bakkah, yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi seluruh alam.” (Ali Imran [3]: 96). 3.  Umm Al-Qura , firman Allah SWT, “Dan ini (Al Quran) adalah kitab yang telah Kami turunkan yang diberkahi; membenarkan kitab-kitab yang (diturunkan) sebelumnya dan agar kamu memberi peringatan kepada (penduduk) Ummul Qura (Mekah) dan orang-orang yang di luar li...

152.0 Rahsia Sebelum Membeli Handphone……

Image
Rahsia Sebelum Membeli Handphone…… Ruj:  http://www.myannur.com/rahsia-sebelum-membeli-handphone atau:  http://sndeep.info/en Kini handphone @ telefon bimbit menjadi lumrah bagi setiap orang. Budak-budak sekolah rendah sudah memilikinya dan kadang-kadang telefon mereka mengalahkan guru. Kali ini apa kata kita berkongsi info/rahsia bagaimana kalau hendak membeli handphone baru di kedai. Tak salah juga digunakan untuk membeli handphone terpakai. Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda: ► Sila taip *#06# ► Nombor IMEI [International Mobile Equipment Identity] akan dipaparkan. ► Semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8 … Contoh : 358671 01 7470473 … Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01 Nombor ini akan menentukan keaslian telefon yang bakal dibeli: 02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH 08 atau 80 : dari Germany = KUALITI SEDERHANA 01 atau 10 : dari Finland = TERBAIK 00 atau 03 atau 04 : dari kilang asal = SANGAT TERBAIK 13 : d...

151.0 Kamera pertama ciptaan orang Islam

Image
Benarkah Pencipta Kamera Adalah Orang Islam? Pada zaman sekarang, sebut sahaja kamera, sudah tentu kita akan terbayang tentang kamera jenis DSLR. Inilah yang menjadi kegilaan masyarakat sekarang. Biarpun harganya mencecah ribuan ringgit, ada yang sanggup mengikat perutsemata-mata untuk memenuhi impian hobinya. Persoalannya, siapakah sebenarnya yang mencipta  kamera ini? Adakah benar pencipta kamera ini sebenarnya adalah orang Islam ? Jom baca artikel di bawah ini. Akhbar terkemuka di UK, The Independent pada edisi 11 Mac 2006 pernah menyiarkan sebuah artikel yang sangat menarik bertajuk ”Bagaimana para perekacipta Muslim mengubah dunia.” Akhbar tersebut menyenaraikan sekitar 20 penemuan penting yang mampu mengubah peradaban umat manusia, salah satunya adalah penciptaan kamera obscura. Kamera merupakan salah satu penemuan penting yang dicapai umat manusia.Melalui bidikan kamera, manusia dapat merakam dan mengabadikan pelbagai bentuk gambar mulai dari sel manusia hingga ga...

150.0 Tutup aib orang

Image
Kebelakangan ini, kes aib dan mengaibkan orang telah menjadi perkara biasa bertujuan mengekalkan individu di tempat yang diidamkannya atau dengan lain perkataan untuk merebut kerusi (tak kiralah, kerusi Boss di dalam pejabat ke, kerusi Parlimen, ADUN, kerusi dalam Persatuan, Koperasi dan sebagainya).  Tanpa kita sedari, kadang-kadang, orang yang kita aibkan adalah saudara se bangsa dan se agama kita. Apakah kita sudah cukup baik sehingga sanggup mengaibkan orang.  Apakah kita merasa diri kita lebih baik daripada dia? Mengapakah kita lebih suka membuka aib orang daripada menutupnya? Sadarlah, jika kita (i.e. termasuk saya sendiri) merasa diri kita adalah baik dan dihormati orang, kita patut bersyukur banyak-banyak kepada Allah s.w.t.  Orang menghormati kita kerana Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani menutup aib kita di dunia ini.  Jika aib kita didedahkan, bagaimana?  Ya, aib kita akan didedahkan juga satu masa (mana mau lari?).  Segala perbuat...

149.0 Syarat mendekati Allah - Al-Habib Umar (Tarim, Hadhramaut)

Image
Syarat dan Tahap Al-Murid Untuk Menuju Allah Sedikit perkongsian dari pengajian Mukhtasar Ihya' Ulumuddin bersama Habib Umar malam tadi (part 1): Penghalang untuk sampai kepada Allah adalah tidak berakhlak mulia, dan penghalang untuk kita berperibadi mulia adalah tiada keinginan berbuat baik, dan penghalang untuk berkeinginan baik adalah kelemahan iman, dan punca lemahnya iman adalah ketiadaan bimbingan dan pengingat serta penasihat yang mengingatkan akan kehinaan dunia dan keagungan akhirat dan kekekalannya. 4 Hijab yang menghalang antara dirinya dengan Allah adalah: 1] Harta 2] Kedudukan, pangkat dan kemasyhuran 3] Taqlid buta dan fanatik 4] Maksiat Kita perlu bersungguh-sungguh dalam bertaubat dan menjauhi dosa, barangsiapa yang tidak memperbaiki taubatnya dan bersungguh-sungguh, lalu ingin meneroka rahsia-rahsia agama Allah, umpama orang yang ingin mengetahui rahsia dan hikmah Al-Quran tanpa mengetahui bahasa arab. Maka perlu untuk kita utamakan bahasa,...

148.0 Waktu Terbaik Untuk Berdoa

Image
Rujukan: https://www.facebook.com/pages/Dahsyatnya-Bangun-Pagi-Tahajud-Subuh-dan-Dhuha/507751389268034 sahabat, salah satu usaha agar doa kita dikabulkan oleh Allah Ta’ala adalah dengan memanfaatkan waktu-waktu tertentu yang dijanjikan oleh Allah bahwa doa ketika waktu-waktu tersebut dikabulkan. Diantara waktu-waktu tersebut adalah: 1. KETIKA SAHUR DAN SEPERTIGA MALAM TERAKHIR Allah Ta’ala mencintai hamba-Nya yang berdoa disepertiga malam yang terakhir. Allah Ta’ala berfirman tentang ciri-ciri orang yang bertaqwa, salah satunya: “Ketika waktu sahur (akhir-akhir malam), mereka berdoa memohon ampunan” (QS. Adz Dzariyat: 18). Sepertiga malam yang paling akhir adalah waktu yang penuh berkah, sebab pada saat itu Rabb kita Subhanahu Wa Ta’ala turun ke langit dunia dan mengabulkan setiap doa hambaNya yang berdoa ketika itu. Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam: “Rabb kita turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang akhir pada setiap malamnya. Kemudian berfirman: ...

147.0 Umi ... kekasihku dunia dan akhirat.

Image
Setiap hari adalah hari ibu bagiku. Betapa aku merindui belaian tanganmu yang suci mengusap anggota ku semasa aku kecil dan tak mampu berjalan. Semasa hayatmu, tak banyak kebajikan yang aku lakukan sebagai membalas jasa dan penat lelah engkau membesarkan aku .... anak lelaki bongsu yang tersangat nakal.  Menyesal kemudian tidak berguna!  Engkau kembali kepada Ilahi, dan aku kehilangan seorang kekasih yang tiada tukar ganti dan hidup terawang-awang tanpa pedoman buat seketika.  Menitis air mataku mengenangkan berbagai2 peristiwa selama 38 tahun bersamamu di dunia ini .... ada yang suka dan sebaliknya. Aku sedar, telah banyak aku menyusahkan engkau dari usia kanak2, remaja dan seterusnya teruna serta berkeluarga sendiri.  Engkau tetap tersenyum membesarkan aku, anak kelapan dari sepuluh orang adik beradik (5 lelaki dan 5 perempuan). Yaa  Allah, Yaa Rahmaan, Yaa Rahiim. Aku banyak berdoa kepadaMu, jika Engkau tidak mahu menoleh padaku apalagi mengqabu...