1] Pelik! Mengapa Sekolah Ini Hanya Mempunyai Seorang Murid?
Mungkin ada sesetengah daripada kita menganggap sekolah ini tidak dikira pelik biarpun hanya mempunyai seorang murid. Bagaimanapun ia sangat unik dan menjadi persoalannya mengapa hanya seorang murid sahaja yang bersekolah di situ. Jika di Malaysia, rasanya ia tidak berlaku di sekolah-sekolah kerajaan mahupun swasta. Jika adapun, ia lebih dari angka yang sepatutnya. Jom lihat gambar di bawah ini.
Hu Yang, 8 tahun, pergi ke sekolah setiap hari, apa yang menyedihkan ialah dia adalah satu-satunya pelajar di sekolah rendah di Provinsi Fujian, China. Pada tahun 2005 sekolah ini mempunyai 80 orang pelajar tetapi mereka meninggalkan sekolah dan mengikut atau membantu ibu bapa mereka dalam mencari pekerjaan akibat kemiskinan hidup. Sekarang, Hu Yang diajar oleh 2 orang guru setiap hari.
2] Apabila Murid Ke Sekolah Jam 3 Pagi Kerana Kerusi
Tidak dinafikan, segelintir daripada kita amat liat untuk ke sekolah terutama di awal pagi. Jika sekolah di sesi petang, terlajak tidur mungkin berlaku. Namun tidak kepada murid-murid di sekolah Jawa Tengah ini. Mereka dikatakan telah keluar seawal 3 pagisemata-mata untuk merebut kerusi dalam kelas. Mengapa ya kerusi mahu direbut? Tidak cukupkah prasarana di sekolah tersebut? rupa-rupanya mereka sanggup datang awal untuk merebut kerusi di bahagian hadapan. Hebat!
Bagaimana ini boleh terjadi? Mungkin ini inilah cara yang dilakukan para pelajar baru di SD Negeri Pasar Batang 4, Brebes. Setiap tahun baru tiba, para pelajar menyambutnya dengan semangat serta rela berangkat ke sekolah sejak dinihari hanya untuk berebutkan kerusi yang dikehendaki.
Setelah memasuki ruang kelas, orang tua pelajar dan pelajar hanya meletakkan beg di sekolah dan terus meninggalkan sekolah. Meskipun sebenarnya jarak sekolah yang diduduki oleh para pelajar masih satu kampung dengan bangunan sekolah, namun mereka bimbang tidak mendapat kerusi di deretan terdepan.
Salah satu orang tua murid baru, Murni (36) warga Kelurahan Pasarbatang Brebes mengaku rela mengantarkan anaknya seawal pukul 03.00 pagi.
“Kalau terlambat, takut tidak dapat bahagian kerusi depan, kerana dengan duduk di depan, saya berharap anak saya boleh berprestasi,” ujar Murni.
Berian (9), salah satu pelajar kelas 3 SD mengaku, mesti berangkat dari rumahnya pada pukul 03.00 , dia sudah tidak mengantuk. Dan, dia rela berangkat awal pagi supaya boleh mendapatkan kerusi paling depan, agar menjadi anak pandai.
“Nggak ngantuk, supaya duduk di depan,” ujar Berian.
Sementara itu menurut idos (32) penjaga sekolah, mengaku dirinya semalaman tidak tidur. Kerana berebut kerusi terdepan memang sudah menjadi tradisi pelajar di sekitar sekolah ketika hari pertama persekolahan pada tahun baru.
“Semalam saya tidak tidur, kerana saya tahu pasti akan ada yang berebut kerusi terdepan, dan ini sudah berlaku sejak puluhan tahun yang lalu,” ujar idos. Tidak hairanlah, ia pun sudah bersiap sedia membukakan pintu gerbang menjelang pukul 4 pagi.
Hebat, kan semangat murid sekolah tersebut?
3] Gempar! Budak Gantung Diri Tak Mahu Ke Sekolah
Ketika ibu bapa sibuk menghantar anak-anak ke sekolah, seorang remaja berusia 14 tahun bertindak membunuh diri dengan mengantung dirinya di bilik. Tindakannya itu disebabkan dirinya tidak mahu ke sekolah gara-gara mendapat sesi petang persekolahan berbanding adik beradiknya pada sesi pagi. Ibu bapa remaja ini terkejut dan tidak menyangka anaknya sanggup berbuat begitu. Ikuti laporan di bawah ini.
MIRI: Seorang pelajar tingkatan dua yang sebelum ini menyuarakan keengganannya ke sekolah pada sesi petang kerana adik-beradiknya yang lain bersekolah pagi, ditemui mati tergantung di tingkap bilik di rumahnya di Desa Pujut, di sini, semalam.
Alexander Ajang, 14, yang juga anak kedua daripada empat beradik itu ditemui tergantung dengan leher dijerut tuala dan baju yang diikat pada jeriji tingkap oleh bapanya, jam 12 tengah hari.
Ibu saudara mangsa, Roselind, 32, berkata, kematian mangsa amat mengejutkan kerana sejam sebelum kejadian, dia bersikap seperti biasa ketika membuka pintu rumah untuk bapanya berusia 40-an yang pulang untuk menghantarnya ke sekolah.
“Sebaik bapanya yang juga abang saya tiba di rumah, dia berehat di rumah tamu dan menyuruh anaknya itu mandi serta memakai seragam untuk ke sekolah.
“Tapi, selepas setengah jam dia masih tidak keluar dari bilik biarpun ayahnya memanggil namanya beberapa kali. Sebaik pintu bilik dibuka, ayahnya terkejut melihat dia tergantung di tingkap bilik dan sudah tidak bernyawa,” katanya ketika ditemui, semalam.
Menurut wanita itu, sehari sebelum kejadian, mangsa memberitahu tidak mahu ke sekolah kerana abang serta adik-beradiknya yang lain bersekolah sesi pagi dan hanya dia pada sesi petang.
“Bagaimanapun, semua ahli keluarga lain tidak mengendahkan kata-katanya kerana menganggap itu perkara biasa saja. Kami tidak menyangka dia akan mengambil tindakan drastik seperti ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan mayat mangsa dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat.
4] Kasihan! Terpaksa Mendaki Setiap Hari Untuk Pergi Sekolah
Jika kita adalah seseorang yang sering kali mengeluh kerana setiap hari terpaksa pergi ke sekolah, maka sebaiknya kita lihat gambar-gambar ini. Kali ini Kisahbest.My ingin berkongsi tentang kesusahan seorang kanak-kanak di China yang berusia lima tahun ini. Dia harus memanjat tebing ketika hendak kesekolah mahupun pulang. Ada seratus jiwa yang terpencil di tempat itu dan kerajaan tempatan tidak memberikan bantuan untuk menyelesaikan masalah ini sehingga mereka harus berjuang sendiri.

5] Unik! Guru Paling Kenit Di Dunia
Apabila berhadapan dengan guru yang bersaiz kecil di hadapan kita, ia menampakkan sesuatu yang agak unik sebenarnya. Namun ia bukanlah satu kekurangan kerana orang berada di hadapan kita bergelar guru seharusnya wajib dihormati. Bagaimanapun guru yang dianggap paling kenit di dunia ini telah menarik perhatian orang ramai dari seluruh dunia.
SEWAKTU berumur 18 tahun, beliau pernah dilabelkan sebagai peserta sarkas pelik, namun lelaki kenit Azad Singh yang berketinggian hanya 91 sentimeter (sm) berjaya menutup mulut masyarakat setempat apabila menjadi guru paling kecil di dunia.
Azad, 22, disahkan menghidap sejenis penyakit gangguan genetik luar biasa yang menghentikan tumbesarannya ketika berumur lima tahun, sekali gus kekal sehingga ke hari ini.
Anak muda yang amat kecil itu, bertanggungjawab mengajar mata pelajaran kemahiran komputer di sebuah sekolah rendah perempuan dalam Haryana, India.
“Kesemua pelajar saya lebih tinggi daripada saya,” katanya sambil ketawa.
Bagaimanapun, Azad mempunyai sedikit masalah untuk mengajar, beliau terpaksa berdiri di atas meja guru untuk membolehkannya menulis di papan putih.
Pelajar turut menggelar Azad sebagai ‘Chotu’ atau ‘Cikgu kecil’ berikutan memiliki ketinggian 91 sm serta berat 18 kilogram (kg).
“Sejak bekerja sebagai guru, saya memiliki pendapatan sendiri iaitu setiap bulan saya menerima 10,000 rupees (RM563.70),” katanya.
Azad terpaksa akur dengan fizikalnya di mana beliau terpaksa memakai pakaian kanak-kanak walaupun usianya telah mencecah golongan dewasa.
Beliau berkata, walaupun tubuh badannya kenit dan tidak akan membesar seperti lelaki normal, beliau amat berbangga kerana mampu mencapai impian yang diidamkan iaitu menjadi seorang guru.
“Masyarakat sememangnya melayan saya sebagai lelaki normal kerana kini saya sudah bekerja dan pekerjaan saya ini amat dihormati orang ramai.
“Pernah sekali ketika saya berusia 18 tahun, saya telah disalah tafsir sebagai bayi oleh seorang pengawal kereta api.
“Sewaktu di sekolah pula saya juga pernah dibuli kerana masalah saiz badan saya dan berasa amat takut dengan ancaman yang saya berkemungkinan akan diculik oleh pengurus sarkas,” katanya.
Bagaimanapun, Azad berkata cemuhan yang dilemparkan kepadanya sewaktu di zaman kanak-kanak menjadi pemangkin kepada beliau untuk membina karakter, sekali gus mematangkannya sehari demi sehari.
“Si pembuli itu berjaya membuatkan saya berusaha keras mencapai matlamat dan mereka tidak akan dapat berkata apa-apa lagi sekarang ini,” katanya. – MailOnline
6] Bas Sekolah di India
No comments:
Post a Comment