Thursday, May 9, 2013

144.0 Sek. Keb. Kampong Jawa, Pulau Pinang

Bila ada kelapangan, saya akan berkemas stor dan melihat barang-barang lama yang tersimpan sejak zaman British, zaman Jepun dan British semula hingga Merdeka.  Seronok tengok barang2 antik zaman dulu. Saja nak share dengan kawan-kawan  dan saudara mara.


Sek. Keb. Kampung Jawa, Jalan Timah, Pulau Pinang sekarang dikenali dengan nama Sek. Keb. Tan Sri P. Ramlee (sejak 13 November 2011)  dulunya terletak berhampiran kilang bijeh Eastern Smelting Co. Ltd., Gudhwara Sikh Temple dan Pejabat Haiwan. Bila sikh bersembahyang dan baca khotbah boleh dengar, bila kuda atau anjing sedang dirawat menyalak boleh dengar dan dengung mesin memproses bijeh 24 jam boleh dengar.  Masa rehat boleh lari ke kedai Kasim Nasi Kandar beli nasi dengan telor rebus sebelah, kuah taroh banyak2, 30sen saja. Saya mula mengenali huruf dan angka dari sekolah ini sejak tahun 1963 hingga tamat pada 1968 (6 tahun) kemudian masuk ke Sek. Abdullah Munshi, Jalan P. Ramlee @ Caunter Hall.

Report Card atau Buku Peringatan Kemajuan Pelajaran Murid-Murid milik abang sulung saya, A/Yarham Shaikh Mohamed Ahmad Baladram tahun 1952.

Report card abang kedua saya, Shaikh Mahdi @ Jalud (ventriloquist) tahun 1956.







Aku, no 3 dari kiri depan sekali dengan beg peti pada Disember 1963, tamat Darjah 1A.

A/yarham Cikgu Abu Bakar Yasin, Guru Besar pada tahun 1963


Sedih juga apabila mengetahui nama sekolah telah ditukar nama sempena pelakun, pelawak dan pengarah filem terkenal P. Ramlee. A/yarham bersama Saloma pernah sekali datang memberi ucapan motivasi kepada pelajar SKKJ ini pada tahun 1963. Pada usia 7 tahun masa itu, bukan kenal sangat siapa P. Ramlee ini.

Sekarang dah maju dan terkenal serta banyak berubah. Kelas 1A tahun 1963 ditempatkan di tingkat 1 (lihat foto di atas, bangunan di belakang tu, yang ada speaker Winli. Bangunan lama dikekalkan sebagai kenang2an, lantai papan, dulu tingkap dua daun dari kayu, papan hitam guna kapor tulis).

Pengisytiharan tukar nama oleh TYT Gabenor pada 13/11/2011 lalu.

Nak tahu lebih lanjut tentang x-student dan perkembangan sekolah ni, boleh buka dan joint group ni:  https://www.facebook.com/groups/231856703494906/

[ akan bersambung, Insya'allah - nak pi Alor Setar kejap, ada kerja ]

No comments:

Post a Comment