Thursday, May 30, 2013

155.0 Kenapa bangsa yahudi dibenci dan dilaknat Allah.

Kita selalu confuse, apa dia israel, apa dia yahudi dan apa pula zionis? semua dah jadi pasembor penang, macam-macam ada!  Nak kutuk yahudi, Nabi-nabi dahulu sebelum Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan adalah keturunan yahudi seperti Nabi Daud (David), Nabi Sulaiman (Solomon), Nabi Yaakob (Jacob), Nabi Musa (Moses), Nabi Yusof (Joseph), Nabi Bunyamin (Benjamin) dan lain-lain.  Ada seorang guru saya memberi petua untuk mengenali nama-nama yahudi dengan nama-nama Arab ialah nama yahudi tidak boleh tambah apa-apa di belakangnya misalnya jika nama Yusof, Yusoflah sahaja bukan Yusofiah, Yusofah dan sebagainya. Nama-nama Arab boleh ditambah misalnya Muhammad menjadi Muhammadiyah, Muhammadin, Ahmad dan lain-lain.

Di bawah ini ada artikel bagi membezakan di antara israel dan yahudi zionis.

BEZA ANTARA ISRAEL DAN YAHUDI ZIONIS

orang yahudi termasuk "spiderman" sedang bertafakur di dinding suci Baitul Muqaddis.

Nama Israel sudah popular di semua kalangan masyarakat dunia. Hampir semua media massa di dunia menyebut sebuah negara penjajah yang menguasai Palestin saat ini sebagai "negara Israel".

Padahal jika meneliti secara sejarah, istilah Israel dalam hal ini tidak tepat. Ini adalah sebahagian daripada "perang terminologi". Tanpa sedar, hampir keseluruhan umat Islam dengan mudah mengucapkan kata "Israel" bahkan diikuti dengan kata atau doa yang buruk dan laknat terhadap mereka.

Padahal, nama Israel adalah nama Nabi Ya'qub alaihisalam. Yahudi menggunakan nama "Israel" apabila mereka membina kekuatannya di era moden ini. Dengan nama itu, mereka mendakwa terikat dengan dengan Nabi Allah Israil alaihissalam, mengikuti agamanya, pewarisnya, keturunannya dan seakan Allah meredai mereka.

Tatkala Yahudi menduduki Palestin dan menubuhkan negara mereka di sana, mereka menamakannya dengan "negara Israel". Lembaga dan agensi yang ada juga atas nama Israel. Bank Israel, bendera Israel, tanah Israel, suara Israel, tentera pertahanan Israel, kementerian luar negeri Israel dan seterusnya. Agar diterima oleh masyarakat dunia, Yahudi memberikan imbuhan dan kesan dimensi agama dalam entiti dan kewujudan mereka di tanah Palestin.

Ini mereka lakukan agar masyarakat antarabangsa simpati keagamaan dan kalangan yahudi dunia sudi berhijrah ke negara Yahudi, mengerahkan seluruh tenaga dan potensi yang mereka milik untuk negara penjajah ini. Selain itu, dengan menamakan diri sebagai "negara Israel" cara seperti ini, Yahudi ingin mempengaruhi kalangan Kristian dunia dan mendapatkan sokongan.

Sebab kalangan ini juga mendakwa beriman kepada Injil (Bible) dan Taurat. Taurat adalah Perjanjian Lama dan Bibel adalah Perjanjian Baru. Keduanya diyakini kalangan Kristian sebagai kitab suci. Yahudi ingin memberikan entiti mereka di Palestin untuk kalangan Kristian sebagai wujud nubuwat dalam perjanjian lama di dalam kita suci.

Mereka ingin menunjukkan seolah-olah ini sebagai perwujudan janji Allah kepada Ibrahim dan Israil (Yakub). Mereka ingin memberikan pemahaman kepada Kristian bahawa sokongan kepada entiti Yahudi di Palestin adalah natijah keimanan Kristian kepada Injil (Bible).

Oleh itu, sebahagian negara Kristian di barat terpengaruh kepada tuntutan Yahudi ini. Israil adalah Nama Nabi Israil adalah Nabi Allah yang mulia dan dicintai-Nya. Dia adalah Yakub bin Ishak bin Ibrahim alaihimussalam. Allah berfirman,

"Mereka itu adalah orang-orang yang telah diberi nikmat oleh Allah, iaitu para nabi dari keturunan Adam, dan dari orang-orang yang Kami angkat bersama Nuh, dan dari keturunan Ibrahim dan Israil, dan dari orang-orang yang telah Kami beri petunjuk dan telah Kami pilih. apabila dibacakan ayat-ayat Allah yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis. "(Maryam: 58)

Sementara Bani Israil adalah anak dan keturunan Nabi Yakub iaitu 12 orang, Yusuf dan saudara-saudaranya. Dari 12 orang inilah berkembang dan menjadi Bani Israil ketika mereka tinggal di Mesir bersama Yusuf. Ketika datang Musa, mereka keluar bersamanya ke Gurun Sinai. Ketika mereka kehausan Musa memukulkan tongkatnya ke batu dan mengeluarkan mata air sebagi mukjizat.

Nama Bani Israil digunakan sampai diutusnya Nabi Muhammad. Ayat Al-Quran jelas memberitahu tentang mereka, sejarah, perbuatan, taklif Allah kepada mereka, kesalahan dan penyelewengan mereka. Yahudi atau Israel?

Al-Quran menyebut Yahudi kepada Bani Israil setelah diutusnya Nabi Muhammad dan selepas mereka kufur dan mengingkari kenabian beliau. Nama Yahudi adalah bukan bahasa Arab tetapi digunakan untuk mengistilahkan bangsa kafir yang dimurkai Allah.

Nama Yahudi hanya disebutkan dalam ayat-ayat madani (yang turun selepas hijrah ke Madinah) lapan kali di surat; Al-Baqarah, Al-Maidah, dan di At-Taubah semuanya dengan konteks celaan atas mereka dan bukan pujian. Beralihnya peristilahan Al-Quran dari Bani Israil kepada Yahudi ini memberikan kesimpulan bahawa umat Islam wajib mengikuti methode Al-Quran dalam membezakan antara Yahudi dan Bani Israel.

Ketika Al-Quran menukar istilah Bani Israel menjadi Yahudi ini ingin menghilangkan mereka dari warisan hakiki Ibrahim dan Israil. Meskipun mereka mungkin masih ada keturunan Nabi Israil, namun mereka bukan pewarisnya kerana mereka tidak mengikuti agama beliau.

Kerana itu untuk menunjuk kepada negara penjajah di Palestin ketika ini yang betul adalah menyebutkan "negara penjajah zionis yahudi" dan bukan Israel. Zionis menunjuk kepada organisasi antarabangsa jahat yang merancang penubuhan negara penjajah tersebut di Palestin.

diterjemah dari sumber Islampos
sumber: https://www.facebook.com/pages/Melayu/146299788770386

perjuangan yang tidak mempunyai limit usia

kanak-kanak menjadi target, pembersihan etnik?

kecederaan adalah perkara biasa di Palestin

pengganas? idea amerika syarikat.

layanan VIP

lagi layanan VIP

layanan VIP setiap hari ....... 

Siapa Yahudi? Yahudi berasal daripada perkataan Yahuza. Yahuza adalah nama salah seorang daripada 12 orang anak Nabi Yaakub. Manakala, Nabi Yaakub pula adalah anak Nabi Ishak dan cucu kepada Nabi Ibrahim. Yahuza adalah adik-beradik kandung kepada Nabi Yusuf dan abang kepada Bunyamin. Yahuza turut bersekongkol melakukan tipu daya bagi membunuh Nabi Yusuf ketika beliau masih kecil. Walau bagaimanapun konspirasi itu gagal kerana Nabi Yusuf berjaya diselamatkan manakala, Bani Israel adalah penentang Nabi Musa dan Nabi Harun. Nabi Musa pula berketurunan Nabi Yaakub.

Yahudi berusaha untuk mempengaruhi umat Islam dengan pelbagai cara. Tambahan lagi, bangsa Yahudi tidak dapat dipisahkan dengan kesombongan kaum mereka yang sentiasa memusuhi dan memerangi orang beriman sepanjang masa walau di mana mereka berada. Selagi namanya Islam, maka Yahudi sedaya upaya berusaha untuk memalingkan akidah umat Islam.

Sesungguhnya orang Yahudi yang dilaknat Allah SWT sampai hari kiamat, tidak senang duduk tanpa melakukan sesuatu yang boleh memalingkan akidah umat Islam daripada berpegang teguh kepada ajaran agama mereka, atau dengan kata lain orang Yahudi ini mahu melihat sehingga ada di kalangan umat Islam murtad daripada agama mereka yakni Islam.

Yahudi boleh diibaratkan sama seperti syaitan, syaitan yang sudah tidak boleh masuk syurga akibat perbuatannya sendiri, telah disumpah oleh Allah SWT dan layak menjadi ahli neraka. Oleh itu mereka berazam bersungguh-sungguh untuk memastikan ada dalam kalangan makhluk bernama manusia pun masuk neraka. Begitulah juga perangai bangsa Yahudi, mereka sebenarnya mengetahui bahawa mereka adalah ahli neraka. Justeru berasa tidak puas hati yang ada dalam diri mereka, sentiasa mahukan bangsa manusia selain mereka juga sama-sama terjerumus masuk ke neraka.

Inilah yang difirmankan Allah SWT dalam Al-Quran menerusi ayat 120 surah al-Baqarah yang bermaksud:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau mengikuti ajaran agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar” dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”

Antara usaha Yahudi mempengaruhi umat Islam adalah melalui lima perkara iaitu “5F“. :

F pertama : FILEM

Seluruh dunia mengetahui bahawa Hollywood adalah milik Yahudi malah menjadi teras kepada kekuatan ekonomi Amerika. Terlanjur mereka menjadi jahat, cara untuk menjadikan bangsa lain agar menjadi jahat seperti mereka ialah dengan menerbit, mencipta serta mengeluarkan filem-filem yang berunsur lucah yang digilai oleh kumpulan remaja khususnya.
Pelakon beragama Islam mendedahkan aurat dalam filem

Jelas sekali, filem-filem Melayu kini menayangkan jalan cerita yang menggambarkan bahawa orang Islam boleh bercampur gaul secara bebas antara dua jantina yang berlainan, filem-filem yang dihasilkan amat kurang menyeru masyarakat ke arah kebaikan tetapi lebih kepada percampuran bebas antara pelakon lelaki dan wanita. Malah, terdapat juga filem yang menggambarkan orang Islam melawan takdir Allah SWT, sihir dan yang boleh menggugat akidah.

F kedua : FAMILY

Yahudi turut memastikan agar anggota keluarga dalam kalangan umat Islam boleh hidup bebas di mana seorang isteri boleh berpasangan dengan suami orang lain dan suami pula boleh bersama isteri orang lain. Anak-anak gadis atau isteri-isteri membuka aurat di hadapan bukan mahram mereka menjadi gaya hidup hari ini, di mana para bapa atau suami tidak merasa cemburu dengan gelagat orang-orang yang di bawah jagaan mereka. Kehidupan keluarga menjadi kalut dengan sebab Islam tidak menjadi pegangan hidup yang sempurna.

Apa yang paling ditakuti sekarang ialah apabila ibu bapa tidak mengambil berat berkenaan dengan pembelajaran ilmu agama. Ramai ibu bapa zaman sekarang tidak mengambil tahu berkenaan solat anak-anak mereka. Solat dipandang remeh walaupun secara terang-terangan anak-anak tidak bersolat.

F ketiga : FESYEN

Perkara ini telah menjadi gaya hidup yang digilai oleh golongan wanita dari segenap peringkat umur. Sebagai contoh, gaya fesyen pakaian remaja perempuan yang menampakkan pusat dan berpakaian ketat tidak lagi menjadi pelik pada hari ini, Tindakan itu sebenarnya suatu kejayaan bagi Yahudi yang telah mencipta fesyen-fesyen pakaian mencolok mata.

Pakaian menjolok mata menjadi gaya wanita masakini

Memakai pakaian yang keterlaluan fesyennya hingga menampakkan lurah dada, singkat dan ketat seperti mana yang kita lihat pada hari ini. Contohnya di majlis-majlis tertentu golongan wanita berlumba-lumba berpakaian moden yang seksi dan menjadi kebanggaan mereka. Yahudi berjaya pengaruhi umat Islam dari aspek pakaian dan sasarannya kaum wanita. Yahudi dikira berjaya mencipta fesyen dan diterima pula oleh segelintir kaum wanita Islam.

F keempat : FUN

Segala macam hiburan di sampaikan dalam pelbagai cara dan kaedah. Yang paling merisaukan kita apabila hiburan-hiburan melampau ini dianggap sebagai sesuatu yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Contoh hiburan terkini adalah seperti rancangan realiti tv yang melanda negara Malaysia kini antaranya ‘Akademi Fantasia, Malaysia Idol, Gangstarz, Sehati Berdansa dan macam-macam lagi. Rancangan yang disusun rapi ini dapat melalaikan umat Islam sehingga ada yang tertinggal solat kerana tidak mahu ketinggalan dari menontonnya. Malah pembaziran wang ringgit juga berlaku melalui undian SMS.

Awaslah umat Islam di Malaysia khususnya, kita benar-benar sedang diperdayakan bangsa Yahudi ini. Melalui hiburan yang keterlaluan di kaca-kaca televisyen, mereka (Yahudi) gigih memperkenalkan berbagai corak hiburan terkini untuk melalalaikan umat Islam.

F kelima : FOOD

Tindakan zalim dan kejam Yahudi menyerang rakyat Palestin telah membuka mata umat Islam seluruh dunia bahawa mereka perlu memboikot barangan mereka khususnya yang melibatkan bahan-bahan makanan seperti KFC, MCdonald, Starbucks, Coffee Bean dan sebagainya. Hakikatnya, makanan-makanan segera ini telah diketahui mempunyai kesan jangka panjang terhadap kesihatan. Sehubungan dengan itu, pihak Yahudi juga telah mencipta ubat-ubatan yang menjadi penawar penyakit seperti kanser kesan daripada pengambilan makana-makanan segera tersebut. Dengan pembelian ubat-ubatan itu dapat meningkatkan ekonomi kaum Yahudi.

Semoga paparan yang disampaikan ini menjadi satu pedoman, tembok dan penghalang kepada kita umat islam di akhir zaman ini agar tidak mudah terperangkap dan leka dengan segala macam perangkap Yahudi.

Kesimpulannya, umat Islam kini banyaknya hidup berajakan nafsu, haram dihalalkan dan dosa dibiasakan. Punca sebenarnya keruntuhan itu daripada kita sendiri. Kita yang membenarkan unsur-unsur ini menular, kita yang tersilap memilih. Semoga umat Islam terhindar dan dijauhkan daripada godaan syaitan. Fikir-fikirkan saudara…

Rujukan: http://bicarasantai.com/2012/11/24/formula_yahudi/


21 comments:

  1. Semua yahudi masuk neraka ke?

    ReplyDelete
  2. Jangan kita lupa Yahudi ada dua golongan, golongan Ahli Kitab, Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul keturunan yahudi perginya ke syurga dan yahudi sesat yang tidak mahu mengaku kenabian Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir, perginya ke neraka. Kebanyakan yahudi sekarang ini bukan ahli kitab dan mereka dicela di dalam al-Qur'an sejak zaman Nabi lagi.

    ReplyDelete
  3. skrg dunia sdh moden..nak tahu siapa pembohong,penyadur, membuat sejarah palsu kna brdasarkan fakta dan bukti.

    ReplyDelete
  4. ke syurga atau neraka bukanlah persoalannya sebab orang Islam pun ada yang ke neraka jika melakukan dosa (dengan Allah kita berlindung) tetapi bagi satu tempoh waktu dan orang2 kafir berkekalan di neraka. Saya kira fakta dan bukti yang terdapat di dalam Al-Qur'an dan hadith2 sahih sudah memadai bagi membantu kita mengenali siapa pembohong, penyadur dan pembuat sejarah palsu.

    ReplyDelete
  5. jgn gna google..jgn guna yahoo..jgn guna microsoft ..komputer dell.atau barangan atau buatan yahudi,isreal atau orang kristian sebab mengudang masuk nereka.

    ReplyDelete
  6. kalau ayam bertelor, ambillah telor dan goreng/makan, kalau ayam berak taik, janganlah ambil dan makan, bukankah terencat namanya kalau marahkan ayam berak merata tetapi telornya dimakan. Samalah kesnya .... apa sangkut paut google ciptaan yahudi dan masuk neraka? subahat dengan yahudi, subahat apa? jangan pakai kemeja atau T-shirt ciptaan kafiruun kelak ke neraka (lagi menyesatkan), jangan naik kereta BMW, Merz, Kia, Honda semuanya ciptaan kaafiruun, belilah Proton ....... janganlah kita mencetekkan minda hanya kerana takut ke neraka tanpa ilmu pengetahuan.

    ReplyDelete
  7. tk malu kah guna google brwser..yahoo brwser ..guna microsoft..blogspot.com pn admin kpunyaan yahudi..dgn tujuan mngutuk yahudi tu sndiri..

    ReplyDelete
  8. nak buat camana, yang melayu punya apa pun tarak ..... untuk sementara waktu tu pakailah apa sahaja yang ada di depan mata, capai dan pakai, apasai nak malu pulak? guna teknologi yahudi untuk kutuk yahudi ..... memang patut dikutuk macam dalam AlQur'an dari zaman Nabi2 dulu. kalau dah ada alternatif lain, perlahan2 kita pindahlah .... ini sudah jatuh kes dharuratlah pasai orang Islam belum lagi (dalam proses) mencipta pengganti google, microsoft etc.

    ReplyDelete
  9. kawan2 dan rakan2, bukalah web ini untuk mengetahui mengapa saya amat membenci dan mengutuk yahudi @ israel zionis.

    http://www.youtube.com/watch?v=xRaXUZhkFs8

    ReplyDelete
  10. Yes bro.ada kebaikan ikut la.yg xbaik jgn ikut.adoii tak reti beza baik dan buruk.jangan kata melayu.yg islam pun berbunuh sama sendiri.sesat syiah pun boleh jadi ikutan orang otak ciput cedut.hehe yang paling kelakar melayu bussines asal dari kaum politikus berduit pun boleh lingkup.area kl ni dimonopoli oleh kaum lain.menyewa/tumpang di tanah air sendiri.kesian

    ReplyDelete
  11. Terlalu ramai orang melayu kita ni nak duit depan mata dengan sedikit usaha.kesannya anak/cucu kita jadi mangsa.semakin ditindas.jangan berbangga dengan kuantiti anak.yg penting kualiti.kepada parent kat luar sana.bagi la peluang kat anak pendidikan bagus2 sikit tuntut ilmu.jangan lepas tangan.jangan lepasan spm bantai nak kerja fikir kahwin je.kita semakin ketinggalan.jangan terlalu berharap kerajaan.usaha la sendiri.ingatlah jika anda tidak berbakat untuk berniaga.ketepikan saja.belajar sunguh2 tuntut ilmu.demi keselesaan akan datang.bersusah dulu.senang kemudian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju 100%. Saya juga sedih dan simpati dengan bangsa kita. Saya juga ada anak yang masih belajar dan ahli keluarga yang ramai. Kadang2 pening juga memikirkan masa hadapan anak2 Melayu. Sedih kerana tak banyak yang mampu dilakukan untuk membela nasib mereka. Kerajaan sahaja yang dapat membentuk remaja masa hadapan mengikut acuan yang betul tapi nampaknya pengaruh luar dan kemajuan teknologi sains lebih kuat mempengaruhi anak2 muda sekarang ini.

      Delete
  12. tumpang lalu..tapi bro,yg aku herankan..wlaupun israel dikeliling negara yg bermusuh dengan nya tapi tak pula tertewas?negara sekecil tu boleh membuat fenomena..betul ke negara israel dilaknat allah?..mcam yg sgt disayangi pula..smua kelebihan ada kat org israel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Didunia saje...... diakhirat allah da campakkan yahudi dinerake jahanam

      Delete
    2. Didunia saje...... diakhirat allah da campakkan yahudi dinerake jahanam

      Delete
  13. tumpang lalu..tapi bro,yg aku herankan..wlaupun israel dikeliling negara yg bermusuh dengan nya tapi tak pula tertewas?negara sekecil tu boleh membuat fenomena..betul ke negara israel dilaknat allah?..mcam yg sgt disayangi pula..smua kelebihan ada kat org israel..

    ReplyDelete
  14. Mcmana yahudi nak tewas..negara negara islam arab yg disekelilingnya tu pun asyik brrgaduh.berperang..tak bersatu hati..cuba kalau bersatu. .Allah belum nak tunjukkan lagi balasan nya pd kaum ni..tunggu dan lihatlah..Allah mmg bg kelebihan pd mereka..dlm al Quran pun dah ckp..tp mereka adalah kaum yg tak bersyukur. .buktinya nabi nabi ramai yg asalnya dr kaum yahudi..tp adakah mereka menyembah Allah? Tidak bukan?

    ReplyDelete
  15. Mcmana yahudi nak tewas..negara negara islam arab yg disekelilingnya tu pun asyik brrgaduh.berperang..tak bersatu hati..cuba kalau bersatu. .Allah belum nak tunjukkan lagi balasan nya pd kaum ni..tunggu dan lihatlah..Allah mmg bg kelebihan pd mereka..dlm al Quran pun dah ckp..tp mereka adalah kaum yg tak bersyukur. .buktinya nabi nabi ramai yg asalnya dr kaum yahudi..tp adakah mereka menyembah Allah? Tidak bukan?

    ReplyDelete
  16. annoying juga. separuh ni benar tapi yang berunsur2 propaganda tu baik tinggal dalam gua je kan? jangan salahkan perempuan saja, lelaki pun banyak nampak lutut dan gila seks menyalahi kejadian alami wanita. tapi mulut memadah

    ReplyDelete
  17. Hmm saya jadi merasa kasihan ke orang orang yang terlahir sebagai yahudi, dibenci sama banyak orang. Macam mana mereka mau masuk Islam (kembali ke jalan yang benar) kalau sebagian muslimnya membenci mereka. Sungguh malang...

    ReplyDelete
  18. apa yang ditentukan Allah tiada yg dapat mengubahnya.yahudi merupakan cabaran dan ujian kepada muslim.akan tiba harinya mereka dimusnahkan muslimin.dan mereka sendiri menyedarinya cuma kualiti muslimin hari ini bukan yg menepati muslimin yg akan mengalahkan seluruh yahudi kelak.

    ReplyDelete