Sunday, May 19, 2013

150.0 Tutup aib orang


Kebelakangan ini, kes aib dan mengaibkan orang telah menjadi perkara biasa bertujuan mengekalkan individu di tempat yang diidamkannya atau dengan lain perkataan untuk merebut kerusi (tak kiralah, kerusi Boss di dalam pejabat ke, kerusi Parlimen, ADUN, kerusi dalam Persatuan, Koperasi dan sebagainya).  Tanpa kita sedari, kadang-kadang, orang yang kita aibkan adalah saudara se bangsa dan se agama kita. Apakah kita sudah cukup baik sehingga sanggup mengaibkan orang.  Apakah kita merasa diri kita lebih baik daripada dia? Mengapakah kita lebih suka membuka aib orang daripada menutupnya? Sadarlah, jika kita (i.e. termasuk saya sendiri) merasa diri kita adalah baik dan dihormati orang, kita patut bersyukur banyak-banyak kepada Allah s.w.t.  Orang menghormati kita kerana Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani menutup aib kita di dunia ini.  Jika aib kita didedahkan, bagaimana?  Ya, aib kita akan didedahkan juga satu masa (mana mau lari?).  Segala perbuatan kita samada baik atau jahat selama hidup di dunia ini akan ditayang di sebuah skrin besar di akhirat kelak. Segala-galanya akan didedah. Pada masa itu, sesiapa yang mengenali kita, sahabat, saudara mara, jiran, termasuk suami/isteri dan sebagainya akan ternganga dan seakan-akan tidak percaya bahawa itu adalah kita yang sebenarnya.  Mungkin di khalayak ramai, nampak alim (di dunia) tetapi setelah dibuka riwayat hidupnya, tak se alim mana pun, malah lebih jahat dari orang jahat.  Tapi ada pula kes di mana, skrin putih tidak menayangkan sebarang event atau perbuatan yang tidak baik, kenapa?  Itulah orang-orang yang menutup aib sahabat atau saudaranya, Allah menutup aibnya di akhirat.  Tidakkah kita bercita-cita untuk melihat skrin riwayat hidup kita yang menayangkan cerita-cerita kebajikan sahaja?

Satu lagi perangai buruk kita ialah memiliki sifat mazmumah/keji yang di antaranya ialah sombong, ego, takbur, ujub dan sebagainya. Teringat saya cerita di dalam Al-Qur'an yang ringkasnya ketika Allah memerintahkan semua Malaikat menghormati ciptaan baru Allah iaitu Nabi Adam a.s., semuanya sujud (tunduk hormat) kecuali iblis laknatullah.  Apabila ditanya Allah kenapa ia enggan, apa jawabnya: "aku lebih baik daripada dia (Adam)."  Dan akhirnya ia akan ditempatkan di neraka Jahannam selama-lamanya kerana takbur. Cuma Allah yang selayaknya memiliki sifat takbur sebab Allah Maha Besar. Jadi, sesiapa yang di dalam hatinya terdetik secara sengaja atau tidak sengaja bahawa ia lebih baik dari si anu misalnya, maka layaklah ia mendapat gelaran iblis (ini saya kata, harap betulkan jika tidak betul). Sesungguhnya saya sedang menasihati diri sendiri dan share dengan rakan. Memang tidak dinafikan, sifat ego dan iman yang lemah selalu mendorong ingatan "aku lebih baik daripada dia." Bayangkan ketika memandu kereta, tiba-tiba kereta orang lain memotong/membelok tanpa memberi signal, atau kereta di depan terlalu slow, apa perkataan yang keluar dari mulut "bodoh" atau "bahlul" atau "kereta lebih cerdik daripada orang" dan sebagainya. Apa maksudnya? Maksudnya "aku lebih pandai" atau "aku lebih baik" atau "aku lebih bijak."  Jadi, fikir-fikirkanlah sejenak.

Semoga kita semua beroleh taufik dan hidayah Allah.

Amalkan zikir ini 7 kali selepas solat Subuh dan Maghrib 
(3 kali selepas solat2 fardhu yang lainnya)








No comments:

Post a Comment