Setiap hari adalah hari ibu bagiku. Betapa aku merindui belaian tanganmu yang suci mengusap anggota ku semasa aku kecil dan tak mampu berjalan. Semasa hayatmu, tak banyak kebajikan yang aku lakukan sebagai membalas jasa dan penat lelah engkau membesarkan aku .... anak lelaki bongsu yang tersangat nakal. Menyesal kemudian tidak berguna! Engkau kembali kepada Ilahi, dan aku kehilangan seorang kekasih yang tiada tukar ganti dan hidup terawang-awang tanpa pedoman buat seketika. Menitis air mataku mengenangkan berbagai2 peristiwa selama 38 tahun bersamamu di dunia ini .... ada yang suka dan sebaliknya. Aku sedar, telah banyak aku menyusahkan engkau dari usia kanak2, remaja dan seterusnya teruna serta berkeluarga sendiri. Engkau tetap tersenyum membesarkan aku, anak kelapan dari sepuluh orang adik beradik (5 lelaki dan 5 perempuan).
Yaa Allah, Yaa Rahmaan, Yaa Rahiim. Aku banyak berdoa kepadaMu, jika Engkau tidak mahu menoleh padaku apalagi mengqabulkan doa-doaku kerana kejahatan dan kemaksiatan yang tidak pernah lekang dari diriku ini, memadailah Engkau cuma qabulkan satu sahaja doaku ini: Yaa Allah, Engkau ampunilah kesemua dosa kedua ibubapaku, Engkau hiasilah kuburan mereka dengan wangian dari taman syurgaMu, Engkau luaskanlah perkuburan mereka sejauh mata memandang, Engkau peliharalah mereka di alam barzah dan seterusnya di akhirat kelak. Terimalah doaku ini, wahai Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi. Amiin, Yaa Rabbal 'aalamiin.
Amin Ya Rabb!
ReplyDelete