Wednesday, July 25, 2012

48.0 RM1 untuk cuci buah pinggang

Anda tidak percaya? Ini adalah rahsia daun pasli / parsley.



Sudah bertahun-tahun berlalu dan buah pinggang kita berfungsi menapis darah dengan membuang garam, racun dan apa sahaja yang tidak perlu daripada memasuki badan kita. Walau bagaimanapun, garam akan terkumpul dan ia perlu menjalani proses pencucian.

Bagaimana kita hendak melakukannya?

Ianya amat mudah, mula-mula ambil se ikat daun/batang pasli dan dicuci bersih.

Potong hingga kecil batang pasli dan masukkan ke dalam pot / periok. Masukkan air bersih dan didihkan selama 10 minit. Biarkan ia menyejuk kemudian ditapis dan disimpan di dalam botol di dalam peti sejuk.

Minum se gelas air tadi se hari dan kita akan dapat merasakan kesemua garam dan lain-lain racun yang terkumpul keluar dari buah pinggang melalui sistem pembuangan air (kencing). Kita akan dapat merasakan perbezaannya berbanding sebelum ini.

Pasli telah diketahui umum sebagai bahan pencuci buah pinggang yang berkesan / terbaik dan ia adalah semulajadi.

SILA EDARKAN KEPADA SAHABAT-SAHABAT KITA.


Untuk ketahui lebih lanjut tentang pasli, boleh rujuk Wikipedia ini:    http://en.wikipedia.org/wiki/Parsley

Prevention is better than cure!  Buah pinggang kalau dah rosak dan tidak berfungsi lagi, cuma ada dua usaha i.e. yang pertama harapkan adalah sesiapa dari kalangan adik beradik atau sahabat yang sudi mengorbankan se biji buah pinggangnya untuk saudaranya. Dan yang kedua ialah menjalani proses mencuci darah melalui mesin Dialysis atau dikenali Hemodialysis. Proses ini mengambil masa 2 1/2 jam hingga 4 1/2 jam bagi satu2 sessi dan kos bagi setiap penggunaan mesin adalah RM300 - RM400 se kali dan kena lalui sebanyak 3 kali se minggu jika mahu teruskan kehidupan.

In medicine, hemodialysis (also haemodialysis) is a method that is used to achieve the extracorporeal removal of waste products such as creatinine and urea and free water from the blood when the kidneys are in a state of renal failure. (Rujuk:  http://en.wikipedia.org/wiki/Hemodialysis ).

Jadi, sayangi buah pinggang anda, jagailah ia supaya sentiasa berfungsi dengan baik. Terpulanglah kepada anda untuk mengorbankan RM1 membeli daun pasli atau melalui proses Haemodialysis yang melibatkan kos kewangan, masa dan lain-lain.  Good Luck!


 Proses Dialysis


Mesin Hemodialysis






2 comments:

  1. tq 4 da info,, tp kalau org yg dah rosak buah pinggang boleh ke buat cara ni lagi ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daun pasli untuk mencuci buah pinggang yang masih berfungsi dan Insya'allah ia mampu memanjangkan jangkahayat buahpinggang. Tetapi jika buah pinggang telah rosak, seperti yang diterangkan di atas, dua kaedah, yang pertama dibuang buah pinggang yang rosak dan diganti dengan buah pinggang donator (penderma - mungkin dari golongan adik beradik); sebelah buah pinggang sudah memadai dan manusia masih boleh hidup dengan sebelah buah pinggang sahaja. Kaedah kedua - kekalkan buahpinggang yang rosak tetapi terpaksalah menjalani proses pembersihan darah melalui mesin dialisis (penerangan lanjut seperti di atas).

      Delete