Sunday, February 10, 2013

108.0 Ubat Bawah Lidah / Sublingual Glyceryl Trinitrate 0.5mg



Pill/tablet Sublingual Glyceryl Trinitrate 0.5mg diambil apabila seseorang pesakit jantung merasa ia kena serangan jantung berdasarkan simptom-simptom yang telah disenaraikan.  Ubat ini boleh diperolehi di Farmasi Hospital tempatan.  

Pada setiap botol gelap (ubat ini amat sensitif kepada cahaya) terdapat catatan berikut:

1)   Letakkan satu biji di bawah lidah bila sakit dada.

2)   Jika masih sakit selepas 5 minit, letakkan biji kedua.

3)   Jika masih sakit selepas mengambil biji ketiga, hubungi Pegawai Perubatan dengan segera.

4)   Jangan guna ubat yang diterima lebih dari 8 minggu.

5)   Jangan simpan bersama ubat lain atau dalam bekas plastik.

6)   Jangan simpan di tempat panas atau peti sejuk.




No comments:

Post a Comment