Kita perlu mengetahui hakikat daripada takdir yang telah ditentukan Allah SWT kepada kita agar kita rela (redza) menerima apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada kita. Dengan demikian kita akan mengetahui mana-mana ketentuan-ketentuan yang harus kita terima dengan seadanya dan ketentuan-ketentuan yang perlu untuk kita berusaha merubahnya.
Di dalam hal ini ada dua takdir yang perlu kita ketahui iaitu:
A. TAKDIR MUBRAM
Yang dimaksudkan dengan takdir mubram ialah qadha dan qadar yang tidak dapat untuk dielakkan, ianya pasti terjadi pada diri manusia sedangkan manusia tidak mempunyai kesempatan atau tidak ada ikhtiar untuk memilihnya.
Sebagai contoh: Ketentuan tentang jenis kelamin lelaki atau perempuan, terjadinya hari kiamat, tibanya ajal maut dan yang lain sebagaimana firman Allah SWT maksudnya: “Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu, maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat pula memajukannya.” (Surah Al-‘Araaf: ayat 34)
Dengan ini kita semua tahu akan takdir mubram ini adalah satu takdir yang tidak dapat manusia nak elakkan.
B. TAKDIR MU'ALLAQ
Yang dimaksudkan dengan takdir mu'allaq ialah qadha dan qadar yang bergantung kepada ikhtiar seseorang, usaha menurut kemampuan yang ada pada manusia. Dalam menghadapi takdir seperti ini Allah telah mengurniakan akal fikiran iaitu anugerah yang paling baik untuk berusaha ke arah tercapainya cita-cita.
Bangsa yang dijajah akan berusaha untuk merdeka. Orang yang termasuk dalam lumpur akan berusaha naik ke tempat yang selamat, orang yang sakit akan berusaha pergi berubat supaya lekas sihat ini adalah semua jalan usaha manusia untuk merubah keadaan dari sesuatu keadaan yang tidak baik kepada keadaan yang sempurna. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah firmannya: “Sesungguhnya Allah tidak akan merubahkan keadaan (nasib) seseuatu bangsa sehingga bangsa itu mahu merubah keadaan (nasib) mereka sendiri.” (Surah Ar-Ra'ad: ayat 11)
Justeru itu, sebagai makhluk yang berakal, sebenarnya manusia harus bertanggungjawab di atas kelakuannya sendiri kerana segala perbuatan itu dilakukan dengan kesedaran. Firman Allah SWT maksudnya: “Apa saja nikmat yang kamu perolehi adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri.” (Surah An-Nisaa': ayat 79)
Ayat Al-Quran di atas menjelaskan bahawa apa saja kenikmatan dan kebaikan yang diperoleh manusia adalah dari anugerah Allah, akan tetapi nasib yang menimpa manusia itu tidak terlepas daripada kesalahan memilih, salah sangka, salah jalan, salah usaha, baik dengan sengaja ataupun tidak. Firman Allah SWT maksudnya: “Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan-mu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (Surah Asy-Syura : ayat 30)
Orang-orang yang beriman akan menerima segala takdir Allah itu dengan penuh rasa kesabaran dan kerelaan, kerana ia mengetahui bahawa dirinya tidak mungkin dapat melawan kehendak Allah Ta'ala, ketahuilah bahawa dirinya sedang diuji oleh Allah SWT.
Begitulah juga yang telah ditakdirkan Allah dengan kehidupan kaya atau miskin sebagaimana firman Allah Ta'ala maksudnya: “Bahawa Dia yang membuat orang kaya dan miskin.” (Surah An-Najm: ayat 48)
Pada yang kaya hendaklah bersyukur dan gunakanlah harta ke jalan Allah, sebaliknya Allah SWT juga yang menentukan takdir seseorang itu hidup dalam kesusahan, kemiskinan akan selalu diterimanya dengan rasa syukur sebagai nikmat dan ujian dari Nya. Firman Nya: “Bahawa kepada Tuhanmulah akhir kesusahan.” (Surah An-Najm: ayat 42)
Begitu juga dengan takdir kematian. Takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada seseorang tidak sama sekali dapat dielakkan. Pakailah kamu baju besi, duduklah kamu dalam bilik besi namun tidak sama sekali ajal itu dapat dielakkan. Kalau kamu ditakdirkan mati akibat kemalangan bagaimana keadaan selamat pun kamu tetap akan berada ditempat kejadian. Maksud firman Nya: “Katakanlah: sekiranya kamu berada di rumahmu, bagi orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh, dan keluar juga ke tempat mereka terbunuh." (Surah Ali-Imran: ayat 154)
Dan sama sekali kita tidak boleh mengelakkan kematian. Firman Allah Ta'ala maksudnya: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu akan dikembalikan. Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang soleh, sesungguhnya akan Kami tempatkan mereka pada tempat-tempat yang tinggi dalam syurga, yang mengalir sungai-sungai dibawahnya, mereka kekal didalamnya. Itulah sebaik-baik pembalasan bagi orang-orang yang beramal. Iaitu yang bersabar dan bertawakal kepada Tuhannya." (Surah Al-Ankabut: ayat 57-59)
Biarpun seseorang itu mahir dalam sesuatu perkara, ianya bukanlah merupakan satu jaminan bahawa individu itu akan terselamat daripada sebarang risiko yang sememangnya tidak dijangkakan.
Jika tersilap langkah, nahas menanti. Tetapi apa pun, dalam kejadian yang berlaku di Arizona, Amerika Syarikat ini sukar diterima oleh ahli keluarga mangsa kerana mereka yang menemui ajal dalam kebakaran tersebut terdiri daripada pasukan elit yang terkenal dengan kecekapan mereka memadamkan kebakaran.
Maut…kesemua ahli bomba elit ini maut akibat terperangkap dalam kebakaran
Seramai 19 anggota bomba elit maut selepas terperangkap dalam kebakaran besar-besaran di Prescott, Arizona. (1 Julai 2013). Tragedi itu adalah satu kehilangan terbesar bagi Arizona dan Amerika Syarikat khasnya dalam tempoh 80 tahun membabitkan kerja-kerja memadam kebakaran.
Pada kebakaran petang semalam, seramai 20 anggota bomba dari Unit Gunung Granite Hotshots terperangkap dalam kebakaran, bagaimanapun seorang terselamat selepas keluar dari trak unit berkenaan.
Sumber: http://bicarasantai.com/2013/07/02/19-anggota-bomba-maut-dalam-kebakaran/
No comments:
Post a Comment