Tiada siapa yang tahu bila terjadinya malam lailatul qadr melainkan Allah jua. Allah nak galakkan hambaNya mencari kebajikan/pahala sebanyak mungkin dengan merahsiakan tarikh sebenar terjadinya malam tersebut. Hints atau tanda-tanda mungkin terjadinya ada diberikan oleh Rasulullah s.a.w. yang telah diberi pengetahuan oleh Allah. Seperti tahun-tahun yang lalu juga, ramailah alim ulamak memberi petunjuk hari berlakunya berdasarkan ilmu pengetahuan dan pembelajaran mereka. Hints yang diberi oleh Rasulullah s.a.w. sedikit sahaja. Saya paparkan petikan dari blog Pondok Habib (26/7/2013).
Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang mendirikan malam lailatul Qadr kerana iman dan mengharapkan pahala Allah maka ia diampuni dosanya yang telah lampau” - Hadith Sahih Bukhari
Dari Anas, ia berkata: Ubadah bin Shamit memberi khabar kepadaku bahawasanya pada suatu hari Rasulullah s.a.w. keluar untuk memberitahukan tentang bila berlakunya Lailatul Qadr. Kebetulan Baginda bertemu dua orang muslim yang saling berbantah, maka Rasulullah s.a.w. bersabda “Saya keluar untuk mengkhabarkan tentang terjadinya Lailatul Qadr. Kebetulan saya melihat dua orang sedang berbantahan, maka saya terjadi lupa. Mudah-mudahan kelupaan tersebut berguna untuk anda sekalian. Carilah Lailatul Qadr tersebut pada hari ketujuh, kesembilan dan kelima” (yakni 27, 29, 25 Ramadan) - Hadith Sahih Bukhari
Dalam banyak kitab-kitab terdapat beberapa jangkaan yang dibuat berhubung tarikh bilanya berlaku Lailatul Qadr. Untuk memudahkan para pembaca, berikut disiarkan gambarajah yang boleh digunakan sebagai panduan. Semoga berguna hendaknya.
Pandangan Habib Munzir sama seperti pandangan Imam Ahmad ibn Hanbal yang menyatakan sekiranya 17 Ramadhan jatuh pada malam Jumaat, ia adalah Lailatul Qadar. Bukan kita nak kena tumpu malam ni (26/7/2013) je tuan2,tumpukan juga malam2 yang lain!!
Habibana Munzir bin Fuad Al-Musawa berkata:
"Sebagian ulama salaf kita mengatakan; Jika malam 17 Ramadhan itu bertepatan dengan Malam Juma'at, malam Nuzulul Qur'an dan Haul Badr itu bertepatan maka itu adalah malam Lailatul Qadr.
Hadirin dan hadirat, Seandainya malam semalam adalah malam lailatul Qadr, ciri-cirinya adalah hawanya mencekam dan anginnya pun sejuk dan udaranya berbeda tidak seperti biasanya dan tampaknya kita merasakan itu di malam ini".
No comments:
Post a Comment