Friday, July 5, 2013

185.0 Dajal @ dajai, kata orang utara

Dajal @ dajai, kata orang utara

Kalaulah saya ditanya orang, "apa yang awak tahu tentang dajal atau dajai?" Maka saya akan jawab; dajai adalah perkataan yang sering keluar dari mulut saya apabila timbul rasa marah di atas sesuatu yang tidak saya senangi (Astaghfirullaahal 'adzim! nak buat camana? lagi dok kontrol, lagi dia keluaq... lebih-lebih lagi apabila angka umur bertambah besar).  Selain itu, saya pernah mendengar ceramah beberapa orang ustaz dan membaca beberapa buah buku yang mengatakan dajal adalah makhluk besar bermata satu yang akan wujud pada akhir zaman sebelum terjadinya qiamat besar.  Ia mempunyai kuasa mengawal alam ini i.e. kalau diarahnya langit menurunkan hujan, maka hujanlah. Jika diarah matahari tidak bersinar, maka gelaplah bumi ini, malah ia boleh menghidupkan manusia atau haiwan yang telah mati, bak kata apa yang dikatakan dan dihajatinya pasti terjadi.  Kebolehan dan kekuasaan ini telah menyebabkan manusia Islam yang lemah iman dan pegangan aqidahnya mengaku bahawa dajal adalah Tuhan, i.e. Allah. Setelah ramai orang Islam menjadi murtad maka Allah menurunkan Nabi Isa a.s. yang akan menikam kaki dajal yang besar itu dan akhirnya ia mati.  Takat tu la saja yang saya tau tentang dajal.

Terdapat beberapa pendapat atau versi tentang dajal.  Definasi orang-orang lama berdasarkan Hadith Nabi s.a.w. mempercayai dajal adalah makhluk bermata satu sebelah kiri kerana mata sebelah kanannya buta. Tetapi ada pula yang mengatakan hadith tentang dajal kebanyakannya (bukan semua) lemah (periwayatnya lemah dan tidak sahih) dan tidak boleh diguna. Ada pula yang mengatakan bahawa dajal adalah makhluk "simbolik" yang akan datang pada akhir zaman sebelum berlakunya qiamat besar keseluruhan alam.

Jadi di bawah ini, saya bentangkan beberapa pendapat tentang dajal, cuma sekadar mempelajari dan memperolehi ilmu pengetahuan. Kebenarannya, Allah jua yang Maha Mengetahui.

1)   Pendapat umum

Diriwayatkan oleh Ahmad yang diterima dari Asma binti Yazid Al-Ansariah,berkata ;"Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. datang ke rumahku. Beliau menceritakan masalah dajal dengan sabdanya :"Tiga tahun menjelang kedatangan dajal terjadi kekeringan. Pada tahun pertama menjelang kedatangan dajal langit menahan sepertiga air hujannya dan bumi menahan sepertiga tumbuhannya. Pada tahun kedua langit menahan dua pertiga hujannya sedangkan bumi menahan dua pertiga tumbuhannya. Pada tahun ketiga langit menahan semua hujannya dan bumi menahan kesemua tumbuhannya.Maksudnya sepanjang tahun tersebut tidak pernah turun hujan menyebabkan dunia kering kontang dan manusia dalam kelaparan, kehausan, banyak jenis penyakit dan berbagai malapetaka.

Ketika itu muncullah dajal dengan ramai penyokongnya, banyak pengawalnya penuh kehebatan dan kelebihan. Semua ini adalah untuk menguji keimanan manusia. "Sesungguhnya diantara kehebatan dajal itu, dia mendatangi orang Arab dan berkata kepadanya: "Kalau aku sanggup menghidupkan untamu yang sudah mati itu, apakah engkau percaya aku sebagai Tuhanmu ?" Orang Arab itu menjawab: "Tentu." Maka syaitan pun menggambarkan seolah-olah untanya hidup semula.

Sabda Rasulullah lagi: "Kemudian dajal itu mendatangi orang yang sudah mati ayahnya dan berkata kepadanya: "Kalau aku sanggup menghidupkan ayahmu yang sudah mati itu, apakah engkau mengaku aku sebgai Tuhanmu? "Orang Arab itu menjawab "Tentu." Maka syaitan pun datang menyerupai ayahnya. Sambung Asma lagi : "Kemudian Rasulullah s.a.w pergi untuk satu urusannya. Sahabat-sahabat yang turut mendengar keterangan Rasulullah s.a.w nampak gelisah mendengar keterangan tentang dajal itu. Kemudian Rasulullah s.a.w. datang lagi dan saya pun berkata kepadanya:"Ya Rasulullah, jantungku hampir saja tercabut mendengar cerita dajal itu." Rasulullah bersabda :" Seandainya dajal itu datang pada waktu aku masih hidup, maka Allahlah yang aku harapkan untuk memelihara orang-orang mukmin."

Mendengar yang demikian Asma berkata: "Ya Rasulullah, kami sudah tentu tidak sanggup menghadapi ujian seperti itu, bagaimana pula dengan orang-orang mukmin ketika itu nanti?" Rasulullah menjawab: "Memadailah bagi mereka apa yang dilakukan oleh penduduk, yakni bertasbih dan mensucikan Allah." Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah bersabda: "dajal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman dajal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari terasa bagaikan sebulan, ada satu hari terasa bagaikan seminggu kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa." Ada sahabat yang bertanya : "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah menjawab: "Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu."

Menurut riwayat dajal itu nanti akan berkata :  "Akulah tuhan sekelian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan. Setelah ditunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?" Mereka semua menjawab: "Ya,kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan. Menurut riwayat Muslim, Rasulullah bersabda: "Akan keluarlah dajal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh dajal tersebut."


2)  Pandangan Dr. Danial Zainal Abidin tentang dajal.

Dajal merupakan makhluk yang akan mendatangkan malapetaka yang dahsyat di akhir zaman. Berhubung dengan ini Nabi bersabda, “Antara kejadian Adam dan kejadian hari kiamat, tidak ada kejadian yang lebih dahsyat daripada Dajal.” (Muslim)

Kalimat Dajal berasal dari kalimat "dajala" yang bermaksud ‘yang menutup’. Mengikut kamus Lisanul Arab, kalimat ini digunakan kerana Dajal adalah pendusta yang menutup kebenaran dengan kebatilan. Dia juga menutupi dunia dengan kesesatan bersama-sama dengan pengikutnya. Di samping itu Dajal akan mendatangkan huru-hara dan pancaroba yang dahsyat di muka bumi dan Nabi s.a.w. telah menceritakan tentang semua ini melalui hadith-hadith baginda.

Sistem Perisikan Di Era Dajal

Di dalam sebuah riwayat oleh Fatimah binti Qais, pada suatu hari, selepas melaksanakan solat jemaah, Nabi s.a.w. telah menaiki mimbar khutbah dan bersabda, “Sahabatmu Tamim Ad-Dari yang dahulunya menganut agama Kristian dan sekarang menganut Islam, menceritakan kepadaku tentang Dajal. Beliau bersama-sama dengan tiga puluh orang rakan-rakannya telah belayar di laut dan kapal mereka telah hanyut selama lebih kurang sebulan sebelum terbabas di sebuah pulau. Di pulau itu mereka menemui makhluk yang amat hodoh, badannya dipenuhi bulu. Mereka bertanya kepada makhluk itu, ‘Siapa kamu?’ Makhluk itu menjawab: ‘Aku adalah pengintip atau spy (ana Jassasah).’ Kemudian makhluk hodoh ini menyuruh mereka pergi bertemu satu makhluk lain yang berbadan besar dan makhluk ini sedang dirantai dengan rantai yang kukuh. Dia mengatakan bahawa dia adalah Dajal.....” (Riwayat Muslim)

Hadith ini mengaitkan era Dajal dengan kewujudan sistem perisikan moden yang hodoh lagi menghancurkan. Di antara jentera perisikan yang banyak memporak-perandakan dunia pada hari ini ialah CIA, Mossad dan KGB. Mengikut satu laporan yang bertajuk The Intelligence Community In The 21st Century, yang dibentangkan pada tahun 1996 oleh sebuah jawatankuasa khas di Amerika yang dikenali sebagai The Permanent Select Committee on Intelligence, Agensi Perisikan Amerika (CIA) sering kali diarahkan untuk melanggar undang-undang sama ada di dalam atau di luar negara. Jawatankuasa ini mendapati CIA telah bertindak di luar batas undang-undang sebanyak 100,000 kali setahun dan mereka sanggup membunuh demi untuk mencapai matlamat mereka.

Mengikut Rodney Stich di dalam bukunya Defrauding America: Encyclopedia of Secret Operations by the CIA, DEA and Other Covert Agencies, pihak CIA telah membunuh Presiden Vietnam Selatan, Ngo Dinh Diem. Pihak CIA juga didapati terlibat dalam rancangan untuk menaikkan pemimpin-pemimpin boneka di negara-negara tertentu dan kemudian jika perlu membunuh mereka selepas itu.

Demikian juga dengan agensi perisikan Israel, Mossad. Pada 10 September 2001, akhbar The Washington Times memuatkan satu laporan khas berhubung agensi perisikan ini, berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Army School for Advanced Military Studies (SAMS) di Amerika. Kajian ini merumuskan, Mossad ialah sebuah agensi yang “liar, kejam serta pintar. Ia mampu menyerang sasaran-sasaran tertentu di Amerika dan menampakkan seolah-olahnya ia adalah perbuatan orang-orang Palestin atau Arab.” Anehnya sehari selepas laporan ini diterbitkan, berlakulah tragedi 11 September, 2001, di New York. Pada tahun 1990, seorang bekas pegawai Mossad, Victor Ostrovsky bersama-sama dengan Claire Hoy, menulis sebuah buku bertajuk By Way of Deception terbitan St Martin's Press, New York. Buku ini menceritakan tentang aktiviti jahat Mossad termasuk perancangannya untuk memburukkan nama Libya dan Saddam Hussein.

Rusia juga mempunyai agensi perisikannya yang dikenali sebagai KGB dan GRU. KGB yang bermaksud Komitet Gosudarstvennoy Bezopasnosti memfokuskan aktivitinya kepada golongan awam dan GRU yang bermaksud Glavnoye Razvedyvatelnoye Upravleniye terlibat di dalam perisikan ketenteraan.

Teknologi Di Era Dajal

Mengikut hadis-hadis Nabi s.a.w., era Dajal ialah suatu era yang kaya dengan teknologi canggih. Antara teknologi itu berkaitan dengan kemampuan untuk mengubah cuaca, seperti menurunkan hujan. Berhubung dengan ini Nabi s.a.w. bersabda, “Dajal akan mengarahkan langit dan langit akan menurunkan hujan dan dia akan mengarahkan bumi dan bumi akan mengeluarkan tumbuh-tumbuhan.” (Riwayat Muslim dan Tarmuzi)

Teknologi yang wujud pada hari ini mampu ‘mencipta’ hujan. Teknologi ini mula diperkenalkan pada tahun 1946 dan menjadi semakin popular pada hari ini, terutamanya ketika menghadapi musim kemarau. Daily Telegraph, London, bertarikh 20 Ogos, 1969, melaporkan, kristal silver iodine telah digunakan di padang pasir untuk menurunkan hujan. Kristal yang sama juga pernah digunakan untuk meredakan kekuatan ribut taufan, seperti yang telah dilakukan ke atas taufan Hurricane Debris dan Hurricane Esther. Mengikut kajian terkini, pendekatan yang digunakan untuk menurunkan hujan ialah melalui ‘pembenihan awan’ atau cloud seeding. Antara konsep yang popular digunakan pada hari ini untuk menurunkan hujan ialah ‘pembenihan statik’ (static mode of cloud seeding) dengan menggunakan bahan seperti garam dan urea, serta ‘pembenihan higroskopik’ (hygroscopic seeding) dengan menggunakan ais dan silver iodine.

Teknologi juga mampu mengubah tanah yang tidak subur menjadi subur lagi produktif. Hal ini tercapai, antaranya, melalui sistem pengairan yang canggih, penciptaan pelbagai jenis baja dan pengubahan bahan mineral dan organik yang terdapat di dalam tanah. Di Amerika, sebagai contoh, pada tahun 1902, melalui Bureau of Reclamation, banyak kawasan tanah yang tidak subur telah berjaya disuburkan melalui pendekatan ini.

Berhubung dengan sistem pengangkutan di era Dajal, Nabi s.a.w. bersabda, “(Kelajuan perjalanan Dajal) ialah seperti awan yang dipukul angin..” (Riwayat Muslim dan Tarmuzi). Dalam riwayat yang lain, baginda bersabda, “Dajal akan mengenderai keldai. Jarak di antara kedua telinganya ialah tujuh puluh ela.” (Riwayat Baihaqi) Nabi juga bersabda, “Dajal akan melompat di antara langit dan bumi.” (Riwayat Abu Daud).

Sistem pengangkutan yang wujud pada hari ini, dengan kapal terbang dan jetnya, menepati sabda Nabi s.a.w. yang terdapat dalam hadith-hadith ini. Kelajuan kapal terbang dan jet adalah ‘seperti awan yang dipukul angin.’ Jarak antara kedua belah sayapnya berukuran lebih kurang ‘tujuh puluh ela.’ Kapal terbang dan jet ‘melompat di antara langit dan bumi.’ Jet-jet pejuang Amerika dan sekutu-sekutunya di Barat telah mendatangkan malapetaka yang dahsyat kepada Iraq, Afghanistan dan negara-negara lain. Teknologi dalam bidang ini dikuasai oleh Barat. 

Jet-jet pejuang yang dicipta untuk tujuan berperang menjadi semakin canggih pada hari ini. Antara tahun 1930 – 1940, antara jenis pesawat yang digunakan untuk berperang ialah BF-109 Messerschmitt, Hawker Hurricane, A6M Zero, Fokker G.I, JU87 Stuka, Fokker D21. Antara tahun 1940 – 1950, Supermarine Spitfire, P47 Thunderbolt, P51 Mustang, Mosquito, F4U Corsair, P38J Lightning, F86 Sabre, P40 WarHawk, FW190 Focke Wulf, Messerschmitt ME262, F6F Hellcat, P80 Shooting Star, B25 Mitchell, F8F Bearcat, Mig15 Fagot, A1 Skyraider, Macchi M.C.205 Veltro, Gloster Meteor F Mk.8, B-17 Flying Fortress, de Havilland Vampire digunakan. Antara tahun 1950 - 1960 MiG21 Fishbed, F104 Starfighter, F8 Crusader, B52G Stratofortress, CF-105 Avro Arrow, F106 Delta Dart, F-84F Thunderstreak, MiG17 Fresco, F105 ThunderChief, F100 Super Sabre, J32 Lansen, F101 VooDoo, B58 Hustler, MiG-19 Farmer, J29 Tunnan, Super Mystere B2, Hawker Hunter digunakan. Bermula tahun 2000, jet-jet pejuang dari jenis F/A-22 Raptor, LCA, EuroFighter 2000 Typhoon, SU47 (S37 Berkut), SU37 Terminator, MiG/MAPO 1.42 MFI, Aurora, FA-18E Super Hornet, X35 Joint Strike Fighter (JSF F-35) dan Chengdu J-10 pula digunakan.

Di era Dajal nilai-nilai kerohanian tidak lagi dipandang penting. Justeru teknologi canggih yang wujud di era itu seringkali di salahgunakan. Nabi s.a.w. bersabda, “Apabila Dajal datang, mata kanannya adalah buta dan mata kirinya akan bersinar seperti bintang.” (Riwayat Bukhari dan Ahmad). Memandangkan Nabi s.a.w. sering mengaitkan bahagian kanan dengan kebaikan, keadaan mata Dajal yang buta di sebelah kanan menunjukkan dia tidak mementingkan aspek kerohanian sama sekali. Segala tindakannya adalah untuk kepentingan duniawi semata-mata.

Berpandukan hadith-hadith yang telah dipaparkan, tanpa kita sedari, kita sebenarnya sedang berada di era Dajal. Justeru, umat Islam pada hari ini perlu memahami ajaran Islam yang sebenarnya berlandaskan al-Quran dan as-Sunah. Ajaran itu hendaklah dihayati dan ‘digigit dengan gusi-gusi kita.’ Jika tidak, kita akan hanyut seperti buih di atas permukaan air. (Untuk perincian berhubung tajuk ini, bacalah buku Empayar Minda Muslim karangan Dr. Danial bin Zainal Abidin).

Nukilan Dr. Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B., Universiti Alexandria)
Beliau ialah seorang Pengamal Perubatan,
Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,
Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa
Motivator Mutiara FM (Radio Pulau Pinang) dan
Penulis bagi PTS Publication.

3)   Pendapat Sheikh Al-Khail bin Yousuf

DAJAL bukanlah seorang manusia bermata satu, dirantai disebuah pulau yang tidak diketahui (sebagaimana yang didakwa oleh ramai para alim, yang diambil daripada hadith yang daif). DAJAL sebenarnya adalah konsep atau missi yang jahat (Anti-Allah dan perintah-Nya) yang akan dilaksanakan oleh kumpulan yang amat berkuasa, bukan oleh satu negeri tetapi hampir kesemua negeri di dunia ini. Pemimpin yang berkuasa yang mana talinya dikuasai oleh Yahudi.

DAJAL bermata satu bermaksud "Order Baru Dunia", satu konsep yang diperkenalkan oleh Presiden Franklin D. Roosevelt (yang merupakan seorang yang berfahaman freemason) dan dilaksanakan oleh Presiden George Bush Senior semasa perang menentang Iraq. Konsep ini hanya dilaksanakan dalam satu arah. Contohnya, apa sahaja yang dikatakan oleh Amerika Syarikat merupakan satu undang-undang. Tidak boleh dipersoalkan dan tidak boleh dibahas. Oleh itu, inilah yang dianggap sebagai "Order Satu Mata".

Jika kita bandingkan situasi sekarang berhubung dengan dunia ini, maka dengan jelas kita akan mengetahui siapakah DAJAL dan pengikutnya. Ini merupakan kali pertama dalam sejarah dunia di mana semua yang dikatakan bertamaddun dan maju tetapi hakikatnya mempunyai fikiran penjenayah akan berkerjasama dan berganding bahu untuk menentang Allah dan perintah-Nya. Kesemua musuh-musuh (Rusia, China, India, Jepun, Jerman dan termasuk juga apa yang dinamakan negara-negara umat Islam) akan bersatu dengan DAJAL. Mereka akan mengubah perlembagaan mereka jika sekiranya ia menjadi penghalang bagi mereka untuk menyertai DAJAL (Contohnya: Jerman, Jepun - tidak dibenarkan oleh perlembagaan mereka untuk menghantar tentera mereka ke negara luar).

Sokongan terhadap DAJAL bukan sahaja dari kalangan kerajaan, tetapi kita boleh melihat sikap akhbar (termasuk media dari negara umat Islam), televisyen, radio dan seluruh media menyokong DAJAL dengan menyiarkan berita dari satu pihak.

DAJAL dikatakan menurunkan hujan api kepada musuhnya dan mencampakkan makanan kepada penyokongnya. Inilah apa yang sebenarnya telah berlaku di Afghanistan dan kini sedang dilakukan di Iraq. Pesawat DAJAL menggugurkan bom (api) dan juga makanan, satu untuk musuhnya dan satu lagi untuk penyokongnya.

Kebimbangan kita adalah yang sejati, tetapi ingatlah, jika kita bersua dengan mereka yang takut kepada Allah, kita akan dapati bahawa mereka tidak terikat kepada kemewahan dunia. Jika mereka berjaya menyakinkan orang ramai agar berjuang menentang DAJAL dan akhirnya menghapuskan DAJAL, maka dunia ini akan menjadi suatu tempat yang aman dan tenteram untuk tinggal di dalamnya untuk beberapa ketika. Tetapi jika mereka gagal, - bukankah setiap orang akan mati satu hari nanti dan mereka pasti akan menemui Allah. Di saat orang terakhir yang takutkan Allah meninggal dunia, maka akan berakhirlah dunia ini, iaitu berlakunya qiamat.

Kesemua orang-orang yang beriman, Yahudi, Kristian dan Muslim sedang menunggu ketibaan Nabi Isa a.s. kembali dan menyelesaikan masalah di dunia ini. Siapa tahu? (Wallahu-allam bis-Sawab). Daripada membazirkan masa, kita haruslah memikirkan dan membuat keputusan samada mahu menyertai DAJAL atau HIZBUALLAH (Parti Allah). Sebagaimana yang diketahui oleh seluruh makhluk di dunia ini, pemimpin DAJAL sendiri telah mengumumkan, "samada kamu bersama-sama dengan kami atau kamu menentang kami - tiada apa ditengah-tengahnya".

Menurut mana-mana kitab sekalipun, dunia ini akan terbahagi kepada dua kumpulan. Pertama HIZBULLAH (Parti Allah) dan keduanya Hizbusyaitan (Parti Syaitan).

Allah SWT mencipta bangsa dan negara hanya untuk identifikasi (pengenalan). Oleh itu janganlah salahkan rakyat Amerika, Afghanistan Yahudi, Kristian, Muslim atau mana-mana bangsa akibat dari perbuatan jahat sesetengah dari mereka. Setiap bangsa atau negara mempunyai orang-orang yang tergolong dalam dua kumpulan yang telah disebutkan di atas tadi, iaitu HIZBULLAH / Hizbusyaitan.

Mereka yang mengenalpasti DAJAL dan menyokong gerakan anti-Dajal (HIZBULLAH) dengan apa cara sekalipun, pasti akan menerima ganjaran yang besar daripada Allah SWT; Mereka akan kekal selama-lamanya di syurga sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah SWT. Tentunya kehidupan mereka di dunia yang sementara ini akan dianggap sebagai neraka oleh DAJAL dan pengikutnya.

Adapun sifat-sifat HIZBULLAH telah diterangkan sendiri oleh Allah SWT melalui firman-Nya yang bermaksud:   "Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (menjadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang." [al-Maidah: 54 - 56]

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud:   "Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang yang menentang itu bapa-bapa mereka, anak-anak mereka, saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripada-Nya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah redha akan mereka dan mereka redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberian-Nya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya. [al-Mujadilah: 22]

Adapun sifat-sifat HIZBULLAH adalah:

1. Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah.

2. Bersikap lemah-lembut terhadap orang-orang mu'min.

3. Bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir.

4. Yang berjihad pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela.

5. Menjadikan Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan mengeluarkan zakat serta mereka yang tunduk kepada Allah sebagai wali mereka.

Tetapi mereka yang menyokong DAJAL (Hizbusyaitan) dengan apa cara sekalipun (samada untuk kepentingan politik yang singkat atau kepentingan kewangan dan habuan sedikit yang mereka terima), pasti akan berakhir di neraka dan mereka akan kekal selama-lamanya. Inilah janji-janji Allah SWT.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:  "Tidakkah engkau melihat (bagaimana jahatnya) orang-orang yang bersahabat karib dengan kaum yang telah dimurkai Allah (dengan sebab kekufuran dan khianatnya)? Mereka itu bukanlah dari golongan kamu dan bukan pula dari golongan kaum yang tersebut itu (kerana mereka ialah golongan munafiq); dan lagi mereka sentiasa bersumpah dengan dusta, sedangkan mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta). Allah telah menyediakan bagi mereka azab siksa yang berat; sesungguhnya amatlah buruk apa yang telah mereka lakukan. Mereka menjadikan sumpahnya sebagai perisai (untuk menyelamatkan diri dan harta bendanya dari dirampas atau dibunuh), maka dengan yang demikian dapatlah mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah; oleh itu mereka beroleh azab siksa yang hina. Harta benda mereka dan anak pinak mereka tidak sekali-kali akan dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari azab Allah. Merekalah ahli neraka, mereka tetap kekal di dalamnya. (Setelah nyata kepada orang-orang munafiq itu bahawa harta benda dan anak pinaknya tidak dapat memberikan pertolongan), ketika mereka semuanya dibangkitkan oleh Allah (pada hari qiamat), maka mereka bersumpah kepada-Nya (bahawa mereka adalah orang-orang mu'min) sebagaimana biasanya mereka bersumpah kepada kamu; dan menyangka bahawa (dengan berbuat demikian) mereka akan mendapat sesuatu (yang berfaedah kepada mereka). Ketahuilah Bahawa sesungguhnya merekalah golongan pendusta. Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak-puak syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi." [al-Mujadilah: 14 - 19]

Sekarang, mari kita teliti wang kertas US$1 .... Amerika telah lama mendedahkan identitinya sebenar tetapi dunia berpura-pura tidak mengetahui .....






Dari seluruh negara didunia, hanya Amerika Syarikat yang mempunyai lambang negaranya yang terdiri dari dua sisi dan masing-masing sisinya mengandungi simbol syaitan. Benarkah?

Di atas piramid ada segitiga bergambar mata satu. Di atasnya ada tulisan Annuit Coeptis (bermaksud "Approve Undertake". Erti yang mudah ialah "He approves (or has approved) [our] undertakings."). "He" yang dimaksud adalah si Mata Satu. Di bawahnya ada tulisan novus ordo seclorum (bermaksud "A new order of the ages.", akan tetapi boleh juga disama ertikan dengan maksud "New World Order"). Ertinya, umat seluruh dunia diharapkan masuk dalam projek dunia baru dan menerima kepemimpinan si Mata Satu.

Novus Ordo Seclorum dari bahasa Yunani (New Order of the Ages) adalah kalimat lain dalam simbol Eye of Providence. Lambang ini jelas-jelas berbentuk Piramid Yahudi yang lebih popular diistilahkan dengan The All Seing Eyes Pyramid. Di atas puncak piramida yang belum jadi, bertahta All Seing Eyes, mata Dewa Horus, salah satu Dewa Utama dalam kepercayaan paganisme dan Kabbalah.
The Great Seal, Simbol piramid dengan mata satu ini merupakan bahagian belakang cop mohor atau Great Seal of the United States.
Muhammad Isa Dawud, penulis Dialog dengan Jin Muslim, membahasnya terperinci dalam bukunya Dajjal akan Muncul dari Segitiga Bermuda. Konon, gambar mata dalam bingkai segitiga yang mengambang di atas piramida terpotong itu adalah simbol mata dajjal yang selalu mengawasi dunia melalui anteknya, sang negara boneka zionis: Amerika Syarikat.

Novus Ordo Seclorum (tatanan dunia baru). Artinya, umat seluruh dunia diharapkan masuk dalam n dunia baru dan menerima kepemimpinan si Mata Satu. Naudzubilla hi mindzalik... Orang yang familier dengan hadits-hadits Rasulullah akan paham bahwa yang dimaksud si Mata Satu adalah Dajjal. Sedangkan Dajjal adalah makhluk sembahan bangsa Yahudi.

"IN GOD WE TRUST...ONE" Kepercayaan kepada tuhan yang satu. Masalahnya, pemahaman tentang ‘tuhan’ tersebut dibawa oleh Amerika. Jadi, ayat sebenar, sepatutnya berbunyi: "IN GOD DAJJAL WE TRUST…..ONE" (kerana dajjal amat meminati konsep One World Religion, One World Government, iaitu agenda New World Order).

"ONE" membawa maksud "Yang Satu (Dajjal)". Bagi masyarakat kristian barat (yang hanya melihat dari sudut hadapan sahaja), mereka menganggap ONE ialah kedatangan Jesus sebagai penyelamat di masa hadapan. Hanya wang kertas satu dollar saja yang terlibat dan tidak pula bagi wang kertas yang lain. Ini disebabkan wang kertas lain bernilai (sebagai contoh) USD10, USD50, USD100 (angka yang tertera di dalamnya). Maka, lebih "bertenaga" sekiranya menggunakan wang kertas berangka 1 (USD1).

Di dasar piramid ini terdapat angka Roman yang jika diterjemahkan ke dalam tulisan latin memiliki makna 1776, tahun kemerdekaan negara AS. Lapisan batu yang membentuk piramid ada 13 lapis yang menyimbolkan ke-13 suku Yahudi.

Tahun kemerdekaan Amerika Syarikat memang tahun 1776 atau dalam tulisan Roman MDCCLXXVI. Namun menurut banyak Simbol, para pakar ilmu simbol, angka Roman tersebut sebenarnya mengandung kod tersembunyi yang merujuk pada angka satanisme yakni 666. Bagaimana membacanya?

Menurut mereka, dalam nilai jumlah besar, kadangkala huruf ‘M’ tidak disertakan dan hanya merupakan ‘penghias’. Sebab itu yang tinggal hanya DCCLXXVI yaitu D = 500, C = 100, L = 50, X = 10, V = 5, dan I = 1.

Mari kita hitung: DC = 600, LX=60, dan VI=6, jadi 666. Mark of the Beast atau dalam bahasa pakar Alkitab juga disebut sebagai The Evil Trinity, Trinitas Iblis!. Inilah Amerika Serikat.
666 juga memiliki makna lain, yaitu “Anti Crist”.

E Pluribus Unum Kalimat ini diambil dari bahasa Latin dan secara harafiah bererti: "Dari banyak menjadi satu". Menjadi satu, ini pun mengarah kepada yang bermata tunggal. Yaitu dajjal yang merupakan sembahan bangsa Yahudi. Yahudi bermaksud untuk menguasai dunia. Memusnahkan bangsa selain Yahudi, meletakkan ideologi mereka dalam dunia ini.
Salah satu ayat Talmud nya ada yang berbunyi:

“Hanya orang-orang Yahudi yang manusia, sedangkan orang-orang non Yahudi bukanlah manusia, melainkan binatang.” (Kerithuth 6b hal.78, Jebhammoth 61a) (bahkan lebih rendah dari pada anjing. red )

“Orang-orang non-Yahudi diciptakan sebagai budak untuk melayani orang-orang Yahudi.” (Midrasch Talpioth 225)

“Tanah orang non-Yahudi, kepunyaan orang Yahudi yang pertama kali menggunakannya.” (Babba Bathra 54b)

“Setiap orang Yahudi boleh menggunakan kebohongan dan sumpah palsu untuk membawa seorang non-Yahudi kepada kejatuhan.”(Babha Kama 113a)

“Kepemilikan orang non-Yahudi seperti padang pasir yang tidak dimiliki; dan semua orang (setiap Yahudi) yang merampasnya, berarti telah memilikinya.” (Talmud IV/3/54b)

Amerika Serikat yang resmi berdiri pada tahun 1776, memiliki Lambang Negara yang cukup unik karena memiliki dua sisi. Satu sisi bergambar Burung Elang yang mengembangkan sayap dan kedua kakinya mencengkeram anak panah dan daun zaitun.
Di atas kepala burung elang tersebut, ada sekumpulan bintang yang membentuk susunan Bintang David. Bila dicermati, lambang negara Amerika Serikat ini dipenuhi dengan berbagai simbol yang seluruhnya mengarah kepada angka 13.

Angka 13 sendiri sejak lama sudah dikenal dunia sebagai angka mistis yang sarat dengan pemujaan terhadap syaitan. Selain sebagai angka setan, 13 juga boleh dianggap 13 suku Israel, di mana suku ke-13 adalah Suku Benjamin yang terbuang. Penguasaan regim zionist/yahudi yang belum selesai (simbol mata satu dilihat belum bercantum dengan 13 tingkat piramid tersebut).Kedatangan "penyelamat" kepada zionist/yahudi yang ditunggu-tunggu. Apabila simbol mata satu bercantum dengan 13 tingkat piramid, maka "penyelamat" (sebenarnya dajjal atau antichrist) sudah datang.

Angka 13 juga menyiratkan banyaknya jumlah koloni Inggeris di Amerika saat Inggeris masih berkuasa di benua itu. Apa pun, angka 13 ternyata memang banyak terdapat di lambang negara adidaya tersebut.

Inilah buktinya:
Sisi Burung Elang, angka 13 terdapat di:
• 13 bintang di atas kepala Helang membentuk Bintang David.
• 13 garis di perisai atau tameng burung.
• 13 daun zaitun di kaki kanan burung.
• 13 butir zaitun yang tersembul di sela-sela daun zaitun.
• 13 anak panah.
• 13 bulu di ujung anak panah.
• 13 X 9 titik yang mengitari Bintang David di atas kepala Elang.

Sisi Piramid Masonik, angka 13 terdapat di:
• 13 huruf yang membentuk kalimat ‘Annuit Coeptis’
• 13 huruf yang membentuk kalimat ‘E Pluribus Unum’
• 13 lapisan batu yang membentuk piramida.

Sumber: http://bananacheesee.blogspot.com/2013/05/wang-amerika-satu-dollar-ada-kaitan.html

Bagaimana pula dengan wang kertas US$10?


Kematian Michael Jackson (anak didik Illuminati) ada kaitan dengan rahsia Illuminati?


Video: "Dajjal rule the world" oleh Sheikh Imran Hosein boleh dilihat di link ini:

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mengapa Nabi Isa a.s. dipanggil Isa Al-Masih dan Dajjal juga digelar Dajjal al-Masih? Pelikkan?
Mengapa "Nabi Isa a.s." (sebenarnya bukan Nabi Isa tetapi seorang musuh yahudi yang telah Allah ubah wajahnya menjadi wajah Nabi Isa a.s. - ikuti cerita selanjutnya di dalam Al-Qur'an) disalib pada palang berbentuk "T"?
Adakah Nabi Isa a.s. telah berkahwin sebelum diangkat Allah ke langit?
Semua ini terjawab di dalam video ceramah oleh Ustaz Amin.




1 comment:

  1. Sila juga rujuk laman web yang ada kaitan dengan "Illuminati":

    (More Secrets of the Illuminati Revealed!)
    http://www.bofads.com/stories/moresecrets.htm

    ReplyDelete