Kita digalakkan malah boleh jadi wajib (saya yang kata) bersolawat ke atas junjungan kekasih kita Nabi Muhammad s.a.w. sepertimana terdapat di dalam Al-Qur'an yang selalu kita dengar ketika khotbah Jumaat, lebih kurang bermaksud: "sesungguhnya Allah dan para Malaikat bersolawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman bersolawatlah ke atasnya ....". Kemudian kita juga dimaklumkan berdasarkan hadith sahih Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud, ringkasanya: barangsiapa bersolawat sekali, nescaya Allah akan bersolawat ke atasnya sepuluh kali (lihat foto di atas). Ada juga para guru menyatakan dengan banyak bersolawat ke atas Nabi s.a.w. mungkin sebab musabab Allah menerima taubat seseorang itu.
Persoalannya, adakah kita faham konsep "solawat" tu? Adakah kita bersolawat bermakna kita memohon keampunan Allah ke atas Nabi (perlu ingat, semua Nabi dan Rasul adalah maksom i.e. tiada apa2 dosa, dipelihara Allah). Bagaimana pula Allah dan para Malaikat bersolawat ke atas Nabi, apa maksudnya. Allah pula bersolawat ke atas kita yang bersolawat ke atas Nabi, apa pula?
Saya pernah hadir kuliah Ustaz Hasan Latif pada 22/6/2000 dan saya membuat catatan tentang "solawat":
Solawat terbahagi kepada 4 bahagian:
1) Solawat Allah ke atas Rasul bermakna Allah merahmati Rasul-Rasul
2) Solawat Malaikat ke atas Rasul bermakna mereka memohon keredzaan Allah kepada Rasul-Rasul
3) Solawat ummat kepada Rasul bermakna memohon diangkat darjat Rasul-Rasul ke darjat yang lebih tinggi supaya dapat syafaat mereka.
4) Solawat Allah kepada kita bermakna Allah memberi pengampunan.
Jadi, marilah kita sentiasa bersolawat ke atas Nabi kesayangan kita. Bukan susah pun, dudok saja2 ..... "Allahumma solli 'alaa saiyidina Muhammad" dalam hati, tak payah berwudhu pun. Nak lagi baik, tambah sikit lagi " .... wa'alaa aalii saiyidina Muhammad" i.e. juga ke atas keluarga baginda. Tuan Guru saya (Binjul Dalam, Baling) pernah menyuruh saya amalkan solawat ini, katanya amat besar pahalanya dan amat baik ... "sollallaahu 'alaika yaa Muhammad" diamalkan 100 kali setiap hari .... tak sampai 3 minit pun. Solawat yang digalakkan dan diajar oleh Rasulullah s.a.w. ialah solawat yang kita selalu baca di dalam tahiyyat.
Sangat bagus blog ini. Terima Kasih
ReplyDeletesama-sama.
Delete