Monday, June 24, 2013

176.0 Berapa berat ruh?

Sepertimana kita semua maklumi bahawa ruh adalah termasuk di dalam ilmu ghaib.  Tidak boleh kelihatan oleh mata kasar atau dikesan oleh peralatan teknologi sains tetapi kita akui kewujudannya.  Lebih nyata apabila kita melihat kematian, di mana jasad yang selalunya aktif akan tinggal kaku dan sejuk i.e. menandakan bahawa ruh telah meninggalkan jasad seperti burung bebas dari sangkarnya.  Malah semua kaum dan bangsa di dunia ini mempercayainya. Demikian taqdir Allah sejak Nabi Adam a.s. dicipta hinggalah pada saat sekarang ini.  Amat sedikit ilmu yang Allah s.w.t. beri tentang ruh. Di dalam Al-Qur'an kita diajar untuk menjawab persoalan tentang ruh. Antara lain maksud Al-Qur'an (nota: maaf, saya lupa ia di dalam surah apa): "jika mereka bertanya kepada mu (Muhammad) tentang ruh, katakanlah, ia adalah dari urusan Allah dan tidak diberi ilmu pengetahuan tentangnya melainkan sedikit."


Di dalam tahun 1901, Dr. Duncan MacDougall cuba membuktikan kewujudan ruh di dalam tubuh manusia dengan mengukur berat seseorang ketika ia menghadapi maut. Ia mempunyai enam orang pesakit dan kesemua mereka mengalami kehilangan berat badan purata 21 grams. 

Itu teori yang dikeluarkan oleh Dr. Duncan, tetapi percayalah, ruh bukan jisim dan sesuatu yang bukan jisim tidak mempunyai berat.  Jika ujud perbezaan berat badan ketika hidup dan ketika mati, maka kemungkinan besar ia disebabkan kandungan angin di dalam badan yang disedut atau dilepaskan ketika mati.

Wallaahu wa'alam.

No comments:

Post a Comment