Tuesday, June 18, 2013

170.0 Persoalan Mengenai Bacaan Al-Fatihah Dalam Solat


Sumber: Mufti Selangor | Koleksi Agama Melayukini.net

Kita kadang-kadang tertanya-tanya mengenai adakah sah solat kita dengan pembacaan al-fatihah yang dirasakan tidak betul. Adakalanya persoalan yang timbul agak mengelirukan. Sebagai contoh seorang individu telah bertanya, adakah ketika kita menjadi makmum, bacaan Surah Al-Fatihah kita ditanggung oleh Imam. Semestinya tidak, kerana Surah Al-Fatihah adalah rukun wajib dalam solat. Jom ikuti soal jawab berkaitan dengan permasalahan ini di bawah.



Soalan 1. Saya ingin bertanya mengenai pembacaan surah Al-Fatihah di dalam sembahyang bagi sembahyang berjemaah. Semasa berkursus haji di Rantau Panjang, Klang baru-baru ini, penceramah yg bertanggungjawab ada memberitahu semasa sembahyang berjemaah, pembacaan Al-Fatihah makmum adalah ditanggung oleh imam dan makmum dibolehkan untuk tidak membaca Al-Fatihah sebaliknya hanya mendengar pembacaan imam. Adakah ini benar?

Jawapan 1. Tidak benar kerana membaca Al-Fatihah adalah rukun dalam solat, makmum mestilah membaca fatihah agar solat yang dilaksanakan itu sah.

Soalan 2. Semasa sembahyang berjemaah, di waktu bila makmum dibolehkan untuk mula membaca surah Al-Fatihah? Adakah mesti selepas imam habis membaca Al-Fatihah atau dibolehkan makmum membaca Fatihah semasa imam sedang membaca Fatihah dengan syarat tidak mendahului pembacaan imam.

Jawapan 2. Kedua-dua keadaan yang disebutkan dibolehkan.

Soalan 3. Adakah seorang makmum wajib untuk menghabiskan bacaan surah Al-Fatihahnya di mana jikalau dia tidak masbu’ (terlewat)?. Bagaimana jika imam sudah rukuk tetapi bacaan Al-Fatihah makmum belum selesai?. Adakah makmum dibolehkan untuk terus rukuk tanpa perlu menghabiskan bacaan Fatihahnya atau wajib untuk menghabiskan bacaan Fatihahnya kemudian baru rukuk?. Kerana kita selalu berhadapan dengan keadaan di mana imam membaca surah yang pendek seperti surah Al-Ikhlas contohnya semasa rakaat kedua di dalam sembahyang tarawih.

Jawapan 3. Ya, makmum wajib habiskan bacaan fatihahnya walaupun imam sudah rukuk. Makmum hendaklah menghabiskan bacaan Al-Fatihah ketika imam membaca fatihah bagi mengelakkkan makmum tidak sempat habis fatihahnya sewaktu imam rukuk.

Soalan 4. Pada waktu bila rakaat seorang makmum dikira?. Adakah semasa dia rukuk bersama imam atau semasa sujud?.

Jawapan 4. Rakaat makmun dikira apabila makmun sempat rukuk dan tama’ninah bersama imam.

Melayukini.net - Kita perlu berusaha untuk membaiki bacaan al-fatihah kita dari segi sebutan huruf, bunyi huruf, dan kadar harkat setiap bacaan. Sekiranya, kita membaca al-fatihah tidak betul, maka tidak sah lah solat kita. Jangan memandang ringan akan hal ini.

NOTA: Lihat juga post "Betulkan sebutan bahasa Arab" bertarikh 24/3/2013 tentang teknik bacaan Surah Al-Faatihah. 

2 comments:

  1. Maknenye.. kite tk payah baca surah selepas al fatihah dlm solat jemaah? Lepas imam baca fatihah,makmum baca fatihah kemudian terus rukuk selepas imam rukuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kita tak payah baca surah selepas faatihah dlm solat berjemaah. Faatihah itu rukun yang mesti dibaca oleh makmum (baca perlahan sekadar kita sendiri mendengarnya, jangan kuat2 mengganggu rakan sebelah) i.e. selepas "aamiin" atau ketika Imam baca Faatihah tetapi jangan mendahului pula bacaan imam tu.

      Delete