Pejabat UDA Land (North) Sdn. Bhd., Kepala Batas, Pulau Pinang
Penyenggaraan lanskap oleh Datsal Enterprise
Amat berbeza kota Makkah berbanding 10 tahun dulu.
Selama setahun hidup menganggur, tidak aktif dan otak semakin buntu, akhirnya, saya membuat keputusan menunaikan haji. Saya mengajak isteri saya sekali dan dalam tempoh satu bulan persiapan haji dari mendaftar, kursus intensif, dua kali buat rayuan kepada Lembaga Tabung Haji (kerana waiting list panjang) dan peralatan haji selesai, Alhamdulillah, maka pada Januari 2002, kami pun berangkat menunaikan haji melalui Pakej Baiduri, Tabung Haji Travel. Diringkaskan cerita, tiba di Makkah saya tak berhenti berdoa agar Allah membuka pintu rezeki yang halal dan mengajar saya mencari rezeki yang halal. Balik menunaikan haji, saya terdorong mendaftar sebuah syarikat persendirian diberi nama Datsal Enterprise (Dat ialah nama timangan saya masa kecil dan Sal ringkasan nama isteri saya) yang kegiatan utamanya ialah mengambil kontrak mencuci pejabat, membersih kawasan dan lanskap, membekal alatulis dan servis bangunan. Aktiviti syarikat keseluruhannya boleh dilihat di sini: http://www.flickr.com/photos/datsalenterprise/ . Kemudian saya daftar syarikat ini dengan Kementerian Kewangan Malaysia sebagai pembekal (ePerolehan).
Syarikat ini dikendalikan "one-man show" kerana sayalah pemiliknya, pengurusnya, pegawai kewangannya, keraninya dan kulinya. Sasaran utama ialah pejabat UDA tapi kena ikut prosedur tender dan sebutharga juga bukan backdoor. Nasib baik, ada rezeki, dapat tawaran membekal alatulis, mencuci pejabat, menjaga lanskap dan servis bangunan, Alhamdulillah..... rezeki dah mai. Dalam masa yang sama, dapat pula kontrak cuci ditawarkan oleh JKP Sdn. Bhd. melalui tender juga dan Pusat Budi Penyayang, Kepala Batas menjaga lanskap atas dasar jemputan. Saya cuba "menjengoi" (mengintai-intai) pejabat2 Kerajaan yang lain, tak nampak peluang, maklumlah kita orang baru nak bertanding dengan orang2 yang dah lama dan banyak pengalaman. Satu lagi, kena ada kenalan atau istilah mudah "orang dalam" yang sedikit sebanyak boleh menolong rekomen kita. Bukan itu sahaja, malah perlu juga kepada rekomen orang2 yang berpangkat dan dihormati atau mudahnya "guna cable". Pernah terjadi saya menghadiri satu jemputan taklimat tender di Kulim bagi kerja penyenggaraan bangunan, yang datang lebih kurang 200 orang memenuhi dewan taklimat bagi lima kontrak kerja. Bayangkan, yang datang dengan Merz, BMW dan kereta2 mewah, tiba-tiba kita pandu Proton Wira. Mungkin kita dapat bayangkan siapa yang akan dapat tawaran tender ini.
Sebenarnya banyak peluang terbuka untuk menyertai ribuan tender Kerajaan di seluruh Malaysia melalui e-Perolehan. Sekarang lebih mudah, semuanya "on-line". Diringkaskan cerita, saya ingin promosi buku atau eBook "Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan" oleh saudara Khairul Nizam Bakar, seorang kakitangan awam yang terlibat secara terus di dalam perolehan Kerajaan. eBook ini amat lengkap dengan panduan kepada bakal usahawan dari A sampai Z, dengan cara yang mudah difahami. Jadi bagi sesiapa yang berminat atau bercita-cita hendak menceborkan diri di dalam tender/perolehan kerajaan ini, bolehlah dapatkan eBook tersebut, cuma klik saja pada paparan iklan di atas blog saya ini. Terima kasih, semoga kita semua beroleh kejayaan dengan cara dan kaedah yang betul. Akhir kalam, rezeki Allah melimpah ruah di seluruh alam ini, bergantung kepada kerajinan kita mencarigalinya.
Sdr. Khairul Nizam Bakar
No comments:
Post a Comment