Saturday, June 1, 2013

157.0 Idola-idola saya

Setiap orang punyai idola. Saya juga ada beberapa orang idola. Allah merahmati mereka dan memberkati segala usaha mereka, Amiin.

A/yarham Shaikh Ali bin Abdullah Balidram (pak cik saya).
Mengajar tafsir Al-Qur'an di Masjid Haji Kassim, Kampong Makam
(Jalan Dato Keramat) dan memiliki syarikat percetakan bernama 
Malaya Bharu Press di Jalan Sungai Pinang.  Pernah menjawat jawatan 
Qadhi Besar di Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

A/yarham Shaikh Ahmad bin Obaid Baladram (walid saya).
Imam (Syafie) di Masjid Kapitan Kling, Pulau Pinang.  Naib Qadhi, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, Pengerusi UMNO, Cawangan Jalan Patani dan pernah 
menjadi guru di Al-Mashoor Islamic School, 
Leboh Teck Soon (sekarang KOMTAR), Pulau Pinang

Ustaz Datuk Shaikh Abdullah Bukhari (sahabat karib walid saya). 
Menjawat jawatan Imam (Hanafi) di Masjid Kapitan Kling, Masjid Alimsyah Wali (Chulia Street) dan Khatib/Imam Jumaat di Masjid Kelawei.  Pernah menjadi guru di Al-Mashoor Islamic School, Leboh Teck Soon

A/yarham Shaikh Hussain Bakar Rafiq (sahabat karib walid saya).
Salah seorang Mudir dan Pengasas Sekolah Al-Mashoor (bersama saudaranya, Shaikh Abbas) dan Sekolah Anak Yatim Perempuan di Jalan Air Itam, Pulau Pinang

Al-Habib Umar bin Hafidz (Tarim, Hadhramaut, Yaman).
Mengikut salsilahnya berasal dari keturunan junjungan Rasulullah s.a.w. dan 
pengasas Darul Mustofa, Tarim, Hadhramaut.

A/yarham Ustaz Hj. Radzi (Kampong Rawa, Pulau Pinang).
Pada tahun 70an, saya sering mengikuti pembacaan kitab beliau di surau 
Kampong Rawa dan surau Kilang Bijeh, Jalan Timah. 
Anak murid setia, Hj. Mat Saman Kati (Perak).

 Ustaz (A/Y) Sheikh Niamat bin Yusoff
 A/yarham bergiat aktif semasa mudanya dengan ABIM Negeri Kedah, 
tenaga pengajar di Maktab Mahmud, Alor Setar, Kedah 
dan seterusnya menjadi pengasas 
Maahad Tarbiah Islamiah Derang (MTID), Kedah. 
Boleh dikatakan beliaulah (dan juga sahabatnya 
Ustaz (A/Y) Dato' Sheikh Azmi Hj. Ahmad bekas Qadhi Kedah dan Mufti Pulau Pinang) 
yang mula-mula mengajar saya mengenali Islam dengan cara meluas.

 Ustaz (A/Y) Dato' Sheikh Azmi bin Hj. Ahmad
Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di Alor Setar, Kedah
Mufti Pulau Pinang (1992 – 1997)
Ketua Hakim Mahkamah Syarie Pulau Pinang (1998 – 1999)
Y.A.A Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Labuan)

Ustaz Othman Ibrahim (qiamullail).
Pernah ikuti majlis ilmu dan zikirullah beliau di masjid Taman Desa Damai, 
Bukit Mertajam.

Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat (Kelantan).
Seorang ulamak yang amat "simple" dan patut menjadi tauladan kepada yang lain. Telah beberapa kali saya ke Kelantan tetapi belum berpeluang bertemu beliau.

Datuk Hj. Haron Din pernah menjadi guru agama saya di Sek. Abdullah Munshi, 
Jalan P. Ramlee (Caunter Hall), Pulau Pinang pada 1972, Tkt. 4.

A/yarham Ahmad Deedat (mubaligh Afrika Selatan).
Seorang mubaligh yang berkeupayaan berdebat dengan paderi2 kristian 
tentang bab agama. Beliau mempunyai pengetahuan mendalam 
tentang Al-Qur'an dan lain2 kitab dan mampu menguasai beberapa bahasa lama.
Pernah ikuti ceramah live beliau di Dewan USM, Pulau Pinang.

Ustaz Hasan Latiff (Pulau Pinang).
Mengajar kitab dan kuliah kerja haji/umrah di beberapa mesjid dan pejabat2 
di seluruh Malaysia, khasnya di sebelah utara Semenanjong.

A/yarham Hasan Al-Bana (Ikhwanul Muslimin, Mesir).
Seorang pejuang Islam yang patut menjadi contoh tauladan. 
Semangatnya hidup hingga ke hari ini di Mesir.

A/yarham Hj. Idris Marbawi (Lubuk Merbau).
Masa mudanya habis di Kota Makkah menjadi muallim dan mengarang beberapa 
buah kitab yang menjadi rujukan hingga ke hari ini.  Kitab terkenal beliau 
ialah Kamus Marbawi yang menjadi rujukan pelajar Malaysia.

A/yarham Hj. Mohd. Saman bin Mohd. Khan @ Hj. Mat Saman Kati (Perak).
Pada tahun 70an, beliau akan merantau ke setiap negeri, mengajar kitab di masjid dan surau termasuklah Pulau Pinang. Di antara kitab karangannya ialah Utusan Nasihat.

Ustaz Datuk Shamsuri Ahmad (Pulau Pinang).
Masih aktif memberi ceramah di masjid Pulau Pinang dan lain-lain negeri.  Pakar di dalam mengupas permasalahan Feqah dengan merujuk kepada kitab lama Bahrul Mazi karangan Haji Muhammad Idris Abdul Raof al-Marbawi al-Azhari (Idris Marbawi) - rujuk: http://ms.wikipedia.org/wiki/Syeikh_Idris_al-Marbawi)

A/yarham Tok Kenali (Kelantan).

A/yarham Hj. Mat Hassan @ Tok Janggut (Kelantan)
Kisah lanjut tentang Tok Janggut boleh dirujuk di: http://gegarsyeh.blogspot.com/2013/02/tok-janggut-kisah-misteri.html

 A/yarham Haji Razali - Ustaz mengajar Al-Qur'an @ Anggota PDRM. Pernah menjadi Johan Qari negeri Pulau Pinang. Saya mula belajar mengenali Alif - Ba - Ta dari Allahyarham (tahun 60han) di surau Balai Polis, Jalan Patani.




3 comments:

  1. Assalmualikum tuan. Bagaimana sy dpt hubungi Waris Syeikh Ali balidram? - Muhammad +6 013 340 9895 (wasap)

    ReplyDelete
  2. +60 12-483 6703 - tuan boleh hubungi salah seorang anaknya Zulfakar Shaikh Ali Baladram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Number Di Atas tak dapat dihubungi la Tuan ada number lain ka?

      Delete