Tuesday, June 25, 2013

178.0 Lobak Putih - murah tapi berbaloi!

Lobak putih atau radish - berlambak di pasar dan mampu dibeli.

Lobak putih atau radish terdiri dari golongan sayoran yang sedap dan baik untuk kesihatan yang perlu kita amalkan.  Ia berasal dari Asia Tenggara dan boleh ditanam di kawasan perkampungan atau laman rumah.

Di antara munafaat/kebaikan lobak ini untuk kesihatan ialah:

1)   ia memiliki sejumlah besar amaun antioksidan dan lain-lain kompaun yang dapat membantu mengelak daripada kanser/barah.  Ia juga dapat mengelak barah usus kerana ia kaya dengan serat (fiber).

2)  lobak putih adalah antioksida yang baik yang akan merendahkan risiko penyakit jantung dan merendahkan paras kolestrol dalam tubuh badan.

3)  lobak putih juga membantu sistem penghadhaman makanan. Ia juga dapat mengubat penyakit sembelit kerana kandungan serat yang tinggi.

4)  ia juga baik sebagai agen mencuci (purifier) darah dan meningkatkan kandungan oksigen di dalam badan.  Maka ia baik bagi mengubati Jaundice.

5)  Ia membantu fungsi buah pinggang dan hati, amat baik sebagai pengubatan masalah pembuangan air kecil.

6)  Ia mempunyai indeks glycemic yang rendah dan memberi impak ke atas tahap gula. Jadi, tidak perlu risau tentang penyakit kencing manis.

7)  Lobak putih adalah punca Potassium yang baik yang boleh mengatur tekanan darah dengan sempurna.

{artikel di atas adalah terjemahan dari Bahasa Inggeris}

Lobak putih yang dijual di Tesco, Bandar Seberang Jaya, Pulau Pinang
pada 26 Jun 2013 @ RM4.49 se kilo gram.


No comments:

Post a Comment