Pada 3 Ogos 1982, saya mendaftar diri sebagai Pegawai Tadbir (Kemajuan) di pejabat UDA @ Urban Development Authority @ Perbadanan Pembangunan Bandar, Wilayah Utara, Pulau Pinang bertempat di Lapisan 3, KOMTAR, Jalan Penang, Pulau Pinang (bersebelahan KFC). Keputusan untuk berkhidmat di UDA dan berhenti dengan notis 24 jam dari PDC @ Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (Bahagian Arkitek) adalah tepat dan memuaskan hati. Pada masa mendaftar, En. Mohd. Ali Yahya (MAY) adalah Pengurus dibantu oleh dua orang Pegawai Kanan, Tuan Haji Shafie Abd Rashid (Unit Task Force) dan Tuan Haji Ideris Ahmad (Unit Projek UDA). Saya memperoleh banyak pengalaman tentang pembangunan tanah selama hampir 20 tahun berkhidmat di UDA dan akhirnya membuat keputusan berhenti (VSS) pada 31 Ogos 2001. Dalam tempoh tersebut, selama 3 tahun saya dipinjamkan ke Majlis Agama Islam Pulau Pinang sebagai Pengurus Baitulmal (1990 - 1992), bertanggungjawab khusus tentang pembangunan tanah wakaf dan Baitulmal, urusan Zakat & Fitrah, pentadbiran dan pengurusan pejabat.
MAY @ En. Mohd Ali Yahaya, my first boss di UDA (KOMTAR), Penang
Sekarang pemilik dan pengurus Chalet dan Restoran di Simpang Umbai / Tiang Dua, Melaka.
Tuan Haji Ideris bin Ahmad, Pegawai Kanan
Tuan Hj Shafie Abd Rashid, Pegawai Kanan
Ruang pejabat UDA di KOMTAR, Lapisan 3
My comfort zone ....
Rakan dan staf UDA (1982), Penang
dari kiri: Norhashiman Aziz, Mohd Sabri Osman, Syed Idrus dan Halim Mat
Mungkin generasi baru kurang mengenali UDA dan sebagai panduan di bawah ini saya paparkan petikan dari Wikipedia.
Perbadanan Pembangunan Bandar
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Logo asal UDA semasa ditubuhkan pada 12/11/1971
Logo terbaru UDA Holdings Berhad
Perbadanan Pembangunan Bandar atau UDA (Bahasa Inggeris: Urban Development Authority) merupakan syarikat milik kerajaan Malaysia yang diperbadankan pada tahun 1996. Ia ditubuhkan bagi melancarkan dan menyelia projek-projek pembangunan bandar yang berkaitan dengan sektor perniagaan, industri dan perumahan. Ia juga ditugaskan membangunkan prasarana kawasan bandar. Pengerusi UDA terkini adalah Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed bermula 16 Jun 2010.
Sejarah
UDA telah ditubuhkan sebagai sebuah perbadanan milik kerajaan pada 12 November 1971 di bawah Menteri Perbadanan Awam melalui Akta Perbadanan Pembangunan Bandar. Pada tahun 1996 ia diperbadankan sepenuhnya dan menukar nama kepada UDA Holdings Sendirian Berhad. Kemudian pada tahun 1999, ia disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).
Perumahan dan hartanah
Pembangunan
UDA membangun dan mengambil alih beberapa bangunan bandar yang dianggapnya sesuai. Walaupun tugas ini secara amnya hanya merangkumi projek pembangunan semula "bangunan-bangunan usang", UDA juga bertanggungjawab bagi penyenggaraan bangunan-bangunan bersejarah di kawasan bandar. Beberapa perbandaran baru telah juga dibangunkan oleh UDA, termasuklah Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur, Bandar Tun Hussein Onn di Cheras, Selangor dan juga Bandar Baru UDA di Johor Bharu.
Penyenggaraan
Hartanah-hartanah yang dimiliki atau diurus oleh UDA diselenggarakan oleh anak-anak syarikatnya. Hartanah ini termasuklah kompleks beli belah dan bangunan pangsapuri. UBSB (Urus Bangunan Sdn Bhd) ialah anak syarikat yang mengendalikan kegiatan memungut sewa, mengurus kawasan letak kereta, penyenggaraan bangunan, keselamatan dan pelbagai perkhidmatan lain. City Guards pula ialah anak syarikat yang mengendalikan kerja-kerja keselamatan dengan 212 kakitangan keselamatan dan 10 buah cawangan mengawal 22 bangunan di negeri-negeri Selangor, Terengganu, Perak, Johor dan Negeri Sembilan, selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Selain itu, ada anak syarikat lain yang terlibat dalam urusan penyenggaraan seperti Daya Urus dan Pihak Pengurusan Bangunan Pertama.
Pelancongan dan runcit
UDA juga sejak akhir-akhir ini telah melibatkan diri di dalam industri perhotelan dengan membuka sebuah hotel dan resort pelancongan di Kuala Lumpur, Port Dickson, Kuala Terengganu dan Seberang Perai. Kesemuanya dikendalikan oleh anak-anak syarikat milik penuh UDA Holdings.
Selain itu, UDA turut menubuhkan rangkaian pasaraya runcit melalui anak syarikat usaha sama UDA Ocean. UDA juga turut menceburi bidang francais dan memiliki jenama pakain yang dipanggil "Bonia".
No comments:
Post a Comment